Options
Proses Penyediaan Fatwa di Malaysia: Peraturan dan Amalan
Date Issued
2012-10-24
Author(s)
Sheikh Ghazali Bin Haji Abdul Rahman
Abstract
Pada zaman mutakhir ini, pelbagai isu berhubung dengan penentuan hukum Syarak timbul di kalangan masyarakat Islam. Pengeluaran fatwa oleh institusi fatwa merupakan suatu mekanisme penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu-isu tersebut. Fatwa bukan sahaja menjadi pembimbing kepada rakyat dan masyarakat, malah juga panduan kepada pemerintah. Justeru, fatwa adalah kegiatan penting yang membentuk pemikiran dan kepercayaan umat Islani di alam Melayu dan Negara ini dalam semua aspek kehidupan merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Di Malaysia, institusi mufti dan fatwa merupakan institusi agama yang mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri untuk menyelesaikan persoalan berhubung hukum Syarak serta menjelaskan kesamaran dan kekeliruan berkaitan sesuatu perkara baru (ahkam al-nawazil al-fiqhiah al-mua'sirah). lnstitusi ini juga diberi kuasa dan tanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undangundang Negeri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan SultanIRaja selaku ketua agama lslam bagi Negeri-Negeri mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama lslam dan hukum Syarak, khususnya atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubungan dengan hukum Syarak. Ini adalah selaras dengan kedudukan lslam yang telah dimartabatkan sebagai agama bagi Persekutuan semasa pembentukan Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
Proses Penyediaan Fatwa di Malaysia; Peraturan dan Amalan.pdf
Size
226.48 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0d22a518df33354f4ca8b184a0802838