Options
Al-Qur’An Dan Dokumen Elektronik: Implementasi Dalam Undang Undang Keterangan Islam
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail
Universiti Sains Islam Malaysia
Lukman Bin Abdul Mutalib
Abstract
Al-Qur’an merupakan kitab Allah SWT yang terakhir, yang menjadi mukjizat paling agung yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan kepada manusia. Al-Qur’an bukan sahaja sarat dengan ilmu pengetahuan berkaitan akhirat iaitu hubungan makhluk dengan Khaliqnya, bahkan turut menjelaskan hubungan makhluk sesama makhluk dan juga alam. Pada asasnya, al-Qur’an menyentuh perkara-perkara paling utama iaitu berkaitan akidah, akhlak dan syariat sehinggalah kepada isu-isu lain termasuklah berkaitan dengan kehakiman. Dari segi kandungan, tidak semua perkara dijelaskan secara terperinci di dalam al-Qur’an sepertimana hukum pewarisan harta pusaka, perceraian, zihar, li’an dan seumpamanya. Kenyataan ini tidak bermakna al-Qur’an tidak lengkap, bahkan al-Qur’an telah meletakkan garis panduan bersifat umum untuk disesuaikan dengan keadaan tempat dan zaman yang turut disokong oleh sumber-sumber syarie yang lain. Dokumen merupakan kaedah pembuktian yang terpenting di zaman ini sama ada dalam perundangan Islam atau sivil. Keterangan dokumen dibahagikan kepada dua iaitu dokumen dalam bentuk tradisional dan elektronik. Sekalipun keterangan melalui dokumen yang dinyatakan dalam Al-Qur’an secara zahirnya difokuskan dokumen tradisional, namun tidak terdapat mana-mana nas yang menolak dokumen elektronik. Kertas kerja ini ingin melihat hubungan al-Qur’an dengan dokumen elektronik dalam keterangan. Selain itu, kertas kerja ini akan menilai sejauh manakah dokumen elektronik dapat dijadikan kaedah pembuktian sama berkaitan kesaksian, pengakuan, sumpah dan sebagainya. Jika boleh dijadikan kaedah pembuktian, keterangan dokumen elektronik dapat diguna pakai dalam pelbagai kes, termasuklah kes-kes jenayah, muamalat, munakahat dan sebagainya.
File(s)
Loading...
Name
BM036 - Al-Qur’An Dan Dokumen Elektronik Implementasi Dalam Undang Undang Keterangan Islam.pdf
Description
Al-Qur’An Dan Dokumen Elektronik: Implementasi Dalam Undang Undang Keterangan Islam
Size
642.32 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cc5b255473455e1b91cc855d4e1ee8bb