Publication:
Pengetahuan Dan Kesedaran Kanak-Kanak Tentang Penyalahgunaan Dadah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Isu penyalahgunaan dadah semakin hari semakin membimbangkan. Jika dahulu, hanya golongan dewasa yang terlibat dalam isu dadah. Namun kini, kegiatan pengedaran dan penagihan dadah sudah mula menular di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak juga mula dieksploitasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk digunakan sebagai pengedar dadah dan seterusnya menyumbang kepada permasalahan penagihan dadah di kalangan kanak-kanak. Kertas kerja konsep ini dirangka bertujuan untuk melihat tentang pengetahuan dadah di kalangan pelajar. dapatan kajian lepas dibincangkan berkaitan pengetahuan kanak-kanak tentang faktor-faktor penagihan dadah serta kesan penagihan dadah kepada masyarakat.

Description

Keywords

Drug addiction, Drug addiction--Awareness

Citation