Options
Transisi Politik Melayu-Islam Di Kedah: Analisis 2008-2016
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2017
Author(s)
Yaakub, M. T.
Md Rasip, O.
Azizan, M. U.
Abstract
Artikel ini membincangkan mengenai transisi politik Melayu-Islam melalui fokus di negeri Kedah bermula dari tahun 2008 hingga krisis pertukaran Menteri Besar pada 2016. Dinamika perubahan politik Melayu-Islam di Kedah bermula secara drastik selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-12 sehingga ke-13 yang lalu. Pelbagai isu berkaitan kepentingan masyarakat yang timbul menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu telah mempengaruhi sokongan pengundi Melayu-Islam di Kedah. Kemunculan tsunami politik telah memberi peluang kepada parti oposisi khususnya PAS untuk mentadbir Kedah buat kali pertama semenjak merdeka. Sepanjang tempoh pentadbiran PAS di Kedah, dasar-dasar baru telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri sehingga menghasilkan pelbagai impak politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam. Namun, kedudukan PAS di Kedah semakin terancam menjelang pilihan raya umum ke-13 menerusi pelbagai krisis dalam politik peringkat negeri dan isu-isu semasa yang gagal ditangani sebaiknya oleh parti berkenaan. Kerencaman isu yang berbangkit menyebabkan UMNO berjaya menguasai semula kerajaan yang sebelumnya ditadbir oleh PAS. Trend kepimpinan dalam tempoh tujuh tahun memperlihatkan bahawa wujudnya kedinamikan politik dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu-Islam yang merupakan masyarakat dominan di negeri berkenaan. Oleh hal demikian, artikel ini secara terperinci mengupas isu-isu, perkembangan dan penyelesaian yang mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu-Islam khususnya di negeri Kedah dari 2008 hingga 2016.
File(s)
Loading...
Name
Transisi Politik Melayu-Islam Di Kedah Analisis 2008-2016.pdf
Size
429.14 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1035785ff8ae8c054234255824b0ade0