Options
Pembelajaran Menggunakan Kaedah Koperatif “Stay and Stray”Dalam Penulisan Bahasa
Date Issued
2021
Author(s)
Ng, C. W.
Amran, M. S.
Abstract
Pengenalan – Penulisan adalah satu cara yang penting untuk manusia berkomunikasi,
manakala mengarang adalah kemahiran untuk seseorang individu mengutarakan idea dan
perasaan ke dalam bentuk tulisan secara rasional. Dengan itu, kemahiran mengarang
merupakan salah satu bahagian yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pembelajaran
bahasa. Namun, kemahiran mengarang adalah kemahiran yang paling sukar dikuasai
sekiranya berbanding dengan kemahiran lain seperti mendengar, bertutur dan membaca.
Objektif – kertas konsep ini bertujuan untuk menerangkan penggunaan kaedah koperatif
Stay and Stray dalam pembelajaran penulisan bahasa.
Dapatan – Kaedah Stay and Stray merupakan kaedah pembelajaran dalam kumpulankumpulan
kecil dan melibatkan bekerjasama antara anggota dalam usaha menyelesaikan
tugasan yang diberikan untuk menguasai bahan pembelajaran. Kertas konsep ini
menerangkan konsep dan cara pelaksanaan kaedah koperatif Stay and Stray dalam
pembelajaran penulisan secara terperinci. Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan
kaedah ini turut dibincangkan dan perkaitan kaedah ini dengan prinsip-prinsip Teori
Konstruktivisme Sosial Vygotsky juga dijelaskan. Selain itu, kertas konsep ini juga
menelitikan kelebihan dan kelemahan kaedah Stay and Stray dalam pembelajaran
penulisan dari pelbagai aspek.
Kepentingan – Kertas konsep ini dijangka dapat menggalakkan lebih banyak guru
terutamanya guru yang menghadapi masalah pengajaran penulisan untuk menambahbaikan
amalan pengajaran supaya berjaya memberikan pengajaran dan pembelajaran penulisan
yang berkesan positif dan berkualiti. Di samping itu memberi input kepada Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha merancangkan rancangan-rancangan,
dasar-dasar dan kurikulum pendidikan dalam bidang pembelajaran penulisan bahasa.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pembelajaran Menggunakan Kaedah Koperatif “Stay and Stray”Dalam Penulisan Bahasa.pdf
Size
233.84 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c0e8456ce9dc7b6f316b7d88ff6999cc