Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Proceedings
  4. E-Prosiding Seminar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi 2022 (SPPT 2022)
  5. Memperkasa Peranan Persatuan Pelajar Antarabangsa sebagai wakil di UTM bagi Merapatkan Jurang Perbezaan Sosio-budaya antara Pelajar Antarabangsa dan Komuniti Tempatan UTM
 
  • Details
Options

Memperkasa Peranan Persatuan Pelajar Antarabangsa sebagai wakil di UTM bagi Merapatkan Jurang Perbezaan Sosio-budaya antara Pelajar Antarabangsa dan Komuniti Tempatan UTM

Date Issued
2022
Author(s)
Norfaeza Ali
Mohd Ariffin Abu Hassan
Mohd Khirie Mutalib Mat Kassim
Muhammad Hanif Samsu Kama
Ungku Zareen Najiha Ungku Kamarudzaman
Abstract
Peningkatan enrolmen pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran di Malaysia sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kian meningkat. Pada tahun 2019, jumlah bilangan pelajar antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara adalah berjumlah sekitar 182,536 orang. Pada tahun 2020 pula, bilangan pelajar antarabangsa telah menurun kepada 177,710, hal ini berikutan wabak virus Covid-19 yang telah melanda dunia seterusnya menyebabkan semua aktiviti pendidikan, perniagaan, ekonomi dan pelancongan terjejas dan lumpuh. Walaubagaimanapun, peningkatan kemasukan telah berlaku pada tahun 2021, di mana jumlah bilangan pelajar antarabangsa di Malaysia meningkat sebanyak 181,901 orang. Senario pendidikan tinggi di Malaysia mengalami perubahan ideologi bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara dan pasaran antarabangsa. Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan ISS bagi merapatkan jurang perbezaan sosio-budaya di dalam kampus. Seramai 20 orang wakil pelajar antarabangsa yang terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi dalam Persatuan Pelajar Antarabangsa di UTM telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati komunikasi yang lemah dari segi perbezaan bahasa, amalan dan norma merupakan aspek yang menjurus kepada jurang sosio-budaya di kalangan pelajar antarabangsa dan komuniti tempatan. Oleh yang demikian, pemerkasaan terhadap peranan ahli persatuan pelajar antarabangsa telah menjadi elemen yang sangat penting untuk merapatkan jurang perbezaan sosio-budaya yang wujud. Selain itu, Universiti juga harus bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang harmoni dan lestari agar jurang perbezaan budaya, agama dan bahasa dengan komuniti tempatan UTM serta masyarakat setempat dapat di integrasikan.
Subjects

Persatuan Pelajar Ant...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Memperkasa Peranan Persatuan Pelajar Antarabangsa sebagai wakil di UTM bagi Merapatkan Jurang Perbezaan Sosio-budaya antara Pelajar Antarabangsa dan Komuniti Tempatan UTM.pdf

Size

265.08 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):f5c9a28762cd9b287f287a5522993f9d

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia