Publication:
Keimanan Kepada Qada’ dan Qadar dalam Novel Hamka

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-11-04

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini akan menjelaskan mengenai sudut pandang Hamka mengenai persoalan keimanan dengan qada’ dan qadar yang terdapat dalam novel-novel Hamka. Bagi mengeluarkan pandangan beliau tentang persoalan qada’ dan qadar ini penulis telah meneliti terhadap beberapa buah penulisan novel Hamka, antaranya adalah novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Terusir. Hamka di dalam novel-novel ini telah memasukkan elemen-elemen akidah Islam yang sangat berkait rapat dengan persoalan qada’ dan qadar di dalam penceritaannya melalui watak-watak yang diketengahkan mahupun melalui gaya bahasanya yang mendalam. Antara persoalan qada’ dan qadar paling utama yang diterapkan dalam novel-novel ini adalah manusia tidak dapat lari dari menerima takdir hidupnya sekalipun ia pahit. Oleh itu tempat bergantung paling hakiki bagi seorang insan dalam semua situasi kehidupannya adalah Allah swt. Manakala cara untuk membolehkan seseorang dapat menerima takdir hidupnya yang pahit antaranya adalah dengan mempunyai teman yang betul akidahnya untuk menasihatinya menerima takdir itu.

Description

E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri Ahmad

Keywords

Hamka, akidah, qada’ dan qadar, takdir

Citation