Publication:
Pembangunan Modul Intervensi Peningkatan Resilien Melalui Pendekatan Terapi Bermain Dalam Kalangan Kanak-Kanak

dc.contributor.authorNor Hamizah Ab Razaken_US
dc.contributor.authorAbdul Rashid Abdul Azizen_US
dc.contributor.authorNorhafisah Abd Rahmanen_US
dc.contributor.authorNoradila Mohamed Faudzien_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:19:59Z
dc.date.available2024-05-31T02:19:59Z
dc.date.issued2021-09-09
dc.descriptionPapers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.en_US
dc.description.abstractFaktor-faktor seperti kemudahan akses media dan teknologi tanpa batasan, pengaruh persekitaran yang negatif, tekanan-tekanan dalam sistem kekeluargaan serta kemunculan bencana telah menyumbang kepada isu masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak. Dalam berhadapan dengan dunia mencabar ini, kanak-kanak memerlukan elemen resilien sebagai benteng ketahanan diri. Oleh yang demikian, adalah menjadi peranan perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk membantu golongan kanak-kanak dalam meningkatkan elemen tersebut. Namun, pendekatan yang ditawarkan perlulah bertepatan dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak. Terapi bermain merupakan salah satu pendekatan yang dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak terutamanya dari aspek fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu modul berstruktur yang berasaskan kepada Terapi Bermain Kognitif Tingkah laku (TBKT) dan Teori Resilien serta Model Pembinaan Modul Sidek (MPMS) sebagai panduan dalam proses pembinaannya. Kandungan modul adalah bersumberkan kepada pembacaan kepustakaan secara kritikal dan analitikal. Draf modul yang terhasil terdiri daripada enam sub modul iaitu terapi pergerakan, terapi seni, terapi tanah liat, terapi pasir, terapi muzik dan terapi puppet. Sub modul tersebut dipecahkan pula kepada 14 aktiviti dan enam unit. Adalah dicadangkan kajian lanjutan dijalankan bagi melihat kesahan dan kebolehpercayaan modul ini Kata kunci: Modul intervensi, resilien, pendekatan terapi bermain, kanak-kanak.en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18534
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.subjectModul intervensi,en_US
dc.subjectresilien,en_US
dc.subjectpendekatan terapi bermain,en_US
dc.subjectkanak-kanak.en_US
dc.titlePembangunan Modul Intervensi Peningkatan Resilien Melalui Pendekatan Terapi Bermain Dalam Kalangan Kanak-Kanaken_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
17.BM. SAIS2021 - Pembangunan Modul Intervensi Peningkatan Resilien Melalui Pendekatan Terapi Bermain Dalam Kalangan Kanak-Kanak.pdf
Size:
535.91 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Pembangunan Modul Intervensi Peningkatan Resilien Melalui Pendekatan Terapi Bermain Dalam Kalangan Kanak-Kanak
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections