Publication:
Fiqh Awlawiyyat Dalam Fatwa Berkaitan Covid-19: Analisis Fatwa Terpilih

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kemunculan virus korona yang dikenali sebagai Covid-19 semenjak November 2019 telah mencetuskan norma baharu dalam kehidupan Masyarakat masa kini di seantero dunia apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai pandemik pada Mac 2020. Seluruh Masyarakat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan semasa menjalankan aktiviti harian sebagai langkah pencegahan dan kawalan infeksi dalam menghadapi wabak Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan. Rentetan itu, pelbagai cabaran, persoalan dan isu-isu baru muncul yang memerlukan kepada fatwa bagi meneruskan pelaksanaan aktiviti harian dalam kehidupan Masyarakat Islam khususnya dalam konteks ibadah. Dalam menghadapi pandemik global ini, Islam telah memberikan panduan terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul antaranya mekanisme pemilihan keutamaan dalam pelaksanaan sesuatu keputusan yang ingin diambil bagi sesuatu isu, ia dikenali sebagai Fiqh Awlawiyyat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemakaian kaedah Fiqh Awlawiyyat dalam fatwa-fatwa yang dikeluarkan berkaitan isu Covid-19. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan fatwa sebagai dasar hukum dalam perundangan Islam, mengkaji kaedah berfatwa dalam isu semasa dan menganalisis penggunaan kaedah Fiqh Awlawiyyat dalam penetapan fatwa berkaitan isu Covid-19. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang hanya menfokuskan kepada kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa metode Fiqh Awlawiyyat diaplikasikan dan diterapkan dalam penetapan fatwa yang dikeluarkan berkaitan isu Covid-19. Pendekatan Fiqh Awlawiyyat yang digunakan adalah bersandarkan kepada metode ijtihad awlawiyy dengan membuat penelitian terhadap nas-nas Syarak, menyelaraskan hukum berdasarkan Maqasid Syariah dalam konteks semasa, membuat pertimbangan masalih dan mafasid, dan mengambil kira faktor semasa Masyarakat setempat.

Description

Keywords

Covid-19, Awlawiyyat, Fatwa, Masalih, Mafasid

Citation