Options
Pendekatan ‘Bio Orbit’ Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Abstrak Biologi dalam Topik Cellular Respiration
Date Issued
2025
Author(s)
Rohayu binti Yusof
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan penggunaan papan permainan Bio Orbit dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep abstrak Biologi terutama dalam topik Cellular Respiration. Masalah yang dikenal pasti ialah kebanyakan pelajar menunjukkan tahap pemahaman yang rendah terhadap konsep abstrak, serta kurang minat dan keyakinan semasa proses pembelajaran. Selain itu keterlibatan pelajar juga rendah semasa di dalam kelas. Sasaran kajian melibatkan 4 orang pelajar kelas K6H24 sesi 2024/2025. Asas kepada konsep ‘Bio Orbit’ ini merupakan teknik dalam pengajaran Biologi, berdasarkan Model Pembelajaran Berpusatkan Murid (Vvgotsky, 1978). Pensyarah perlu menggunakan pendekatan ini untuk mengiktiraf perbezaan antara pelajar dan menyesuaikan kaedah pembelajaran mengikut keperluan individu supaya mudah diingat dan menarik. Kajian oleh Dunn&Dunn (1922) menunjukkan bahawa menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar boleh membantu meningkatkan pencapaian. Seterusnya, data dikumpulkan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, markah pelajar dan soal selidik. Intervensi dilaksanakan dengan memperkenalkan papan permainan ‘Bio Orbit’ yang mengandungi pelbagai jenis soalan berbentuk kuiz, teka silang, dan cabaran berasaskan konsep Biologi. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan ‘Bio Orbit’ yang dilaksanakan dalam kelas tutoran ini berkesan dalam membantu meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dan seterusnya menujukkan perubahan sikap yang positif. Daripada temubual yang dijalankan, didapati intervensi ini dapat membantu pelajar untuk belajar secara aktif dan kolaboratif. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pendekatan ‘Bio Orbit’ yang dilaksanakan dalam kelas tutorial dapat membantu meningkatkan keupayaan pelajar memahami topik tersebut semasa sesi PdP.
File(s)
Loading...
Name
Pendekatan ‘Bio Orbit’ Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Abstrak Biologi dalam Topik Cellular Respiration.pdf
Size
966.39 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):365ef63d8bb6161ee607937efd70b26d