Publication: Sejarah Perkembangan Aplikasi Terapi Muzik Dalam Rawatan Kesihatan Mental
Loading...
Date
2021-12
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Umum mengetahui bahawa kesihatan mental merupakan komponen asas bagi memenuhi tuntutan seharian dalam suasana yang aman dan sejahtera. Namun saban hari, individu yang menghidapi masalah kesihatan mental semakin meningkat sehingga ianya memerlukan beberapa kaedah rawatan yang tersendiri. Terapi melalui alunan muzik telah dikenalpasti mempunyai manfaat terapeutik terhadap mental manusia, bahkan mampu menambahkan baik tahap kesihatan dan kualiti kehidupan seseorang individu. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji latar belakang dan sejarah perkembangan terapi muzik di samping turut meninjau tahap keberkesanan aplikasi terapi muzik dalam rawatan kesihatan mental. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Maklumat dan data dalam kajian ini dikumpul dari pelbagai sumber berautoriti seperti buku, jurnal, tesis dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik teks serta deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa disiplin terapi muzik yang diperkenalkan dalam perubatan moden oleh tamadun Barat pada hari ini telahpun sinonim dalam budaya masyarakat primitif tamadun-tamadun silam, tamadun Greek dan Rom malahan turut digunakan secara meluas dalam perubatan tamadun Islam sekitar abad pertengahan. Kajian-kajian terhadap tahap keberkesanan aplikasi muzik yang telah dijalankan dalam konteks rawatan kesihatan mental juga menunjukkan tindak balas positif dan perubahan signifikan daripada para responden.
Description
Vol. 6 No. 3 (2021): Special Issue
Keywords
muzik, rawatan kesihatan mental, terapi muzik, music, mental health treatment, music therapy
Citation
Awang, S. N. A. . (2021). Sejarah Perkembangan Aplikasi Terapi Muzik Dalam Rawatan Kesihatan Mental: A History of Development of Music Therapy Application in Mental Health Treatment. Sains Insani, 6(3). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.358