Options
Penggunaan Analisis Pestel dalam Pembangunan Model Gangguan Rantaian Bekalan Industri Penternakan
Date Issued
2024
Abstract
Majlis Profesional Pengurusan Rantaian Bekalan mentakrifkan rantaian bekalan adalah merangkumi perancangan dan pengurusan semua aktiviti yang terlibat bermula dari sumber dan pemerolehan, proses penukaran dan semua aktiviti pengurusan logistik. Gangguan dalam rantaian bekalan pula ditakrifkan sebagai satu peristiwa yang mengganggu aliran bahan dalam rantaian yang menyebabkan pergerakan bahan berhenti secara mendadak. Kajian ini mempertimbangkan analisis PESTLE di dalam membangunkan model gangguan dalam rantaian bekalan penternakan. Analisis PESTLE merupakan kaedah untuk mengenalpasti dan menganalisis persekitaran luar dengan mengambilkira faktor politik, faktor ekonomi, faktor sosial, faktor teknologi, faktor undang-undang dan faktor persekitaran. Dapatan analisis mendapati penggunaan analisis PESTLE sesuai digunakan sebagai asas pembinaan kerangka model kajian.
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Analisis Pestel dalam Pembangunan Model Gangguan Rantaian Bekalan Industri Penternakan.pdf
Size
279.15 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):8a5c5fa263ddc02b8709d8546a659ba6
