Options
Kepelbagaian Kurikulum Pengajian Tahfiz Swasta Peringkat Menengah Di Malaysia
Date Issued
2023
Author(s)
Abstract
Kertas kajian ini bertujuan menyingkap pelbagai jenis pengajian tahfiz swasta yang diintegrasikan bersama kurikulum yang lain pada peringkat menengah di Malaysia. Pengajian tahfiz kini kian berkembang luas dan mendapat tempat di hati ibu bapa dalam menempatkan anak-anak mereka dalam menyambung pengajian. Oleh sebab itu, penelitian dalam kertas kajian dimulakan dengan sejarah ringkas perkembangan tahfiz swasta pada peringkat menengah di Malaysia. Kemudian, mendedahkan jenis kurikulum pengajian tahfiz swasta pada peringkat menengah yang diintegrasikan bersama kurikulum yang lain. Pengkaji menyatakan ciri dan keunikkan bagi setiap model kurikulum tahfiz di institusi swasta menengah. Kajian ini dilakukan menggunakan metod dokumen analisis iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas persidangan dan lain-lain. Dapatan kajian ini mendapati 6 model kurikulum tahfiz yang dilaksana setakat ini di institusi tahfiz pada peringkat menengah iaitu tahfiz sepenuh masa, tahfiz integrasi, tahfiz diniyyah, tahfiz pondok, tahfiz kemahiran dan tahfiz berwatak uniform. Diharapkan kertas kajian ini mampu menjadi rujukan asas dalam menerangkan sistem pendidikan tahfiz di Malaysia tanpa menyisihkan institusi tahfiz swasta yang juga menyumbangkan dalam memartabatkan kualiti pendidikan tahfiz negara.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kepelbagaian Kurikulum Pengajian Tahfiz Swasta Peringkat Menengah Di Malaysia.pdf
Size
169.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6f6cad4a006993d10a0929c6b58b49d6