Publication:
Persepsi Pensyarah Terhadap Kesilapan Linguistik Arab Dalam Penulisan Esei Pelajar Bukan Penutur Jati

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia telah lama bermula, namun begitu mengikut kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa tahap kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar kurang memuaskan. Dalam penulisan, mereka menghadapi pelbagai kesukaran untuk menulis karangan. Pelbagai kesalahan bahasa telah dilakukan. Bertolak daripada isu ini, kajian ini cuba melihat apakah persepsi pensyarah terhadap bentuk kesalahan yang banyak dilakukan, faktor penyumbang dan implikasi daripada kesalahan tersebut. Tujuan kajian ini ialah mengenal pasti persepsi mereka terhadap kesalahan yang kerap dilakukan, faktor yang menyumbang kepada kesalahan dan implikasi daripada kesalahan yang terhasil. Bagi mendapatkan data tentang persepsi ini, 30 sampel kajian telah dipilih dalam kalangan pensyarah yang mengajar pengkhususan bahasa Arab di lima buah Universiti Awam terpilih untuk kaji selidik ini. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan yang paling kerap dilakukan ialah kesalahan sintaks. Faktor utama yang menyumbang kepada kesalahan ialah kurang cekap dalam memahami kaedah nahu dan sorof serta kurang latihan esei. Akibat utama yang terhasil daripada kesalahan ialah ketidakupayaan menulis kertas ilmiah tahun akhir. Kajian ini turut mencadangkan tiga cara bagi mengatasi masalah kelemahan ini, iaitu pelajar hendaklah menggunakan strategi belajar Bahasa Arab, kaedah pengajaran hendaklah disesuaikan dengan kemahiran penulisan dan bahan bacaan hendaklah diperbanyakkan dan dipelbagaikan. Kata kunci: Kesalahan bahasa, penulisan Arab, persepsi pensyarah, faktor, implikasi

Description

Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Keywords

Kesalahan bahasa,, penulisan Arab,, persepsi pensyarah,, faktor,, implikasi

Citation

Collections