Publication: Analisis terhadap Hadis berkaitan Wanita dalam Baḥr Al-Madhi: Meneliti Konsep Emansipasi Wanita
Loading...
Date
2023-06-29
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit KUIS
Abstract
Baḥr al-Mādhī boleh dianggap sebagai salah satu karya agung Melayu Islam yang ditulis oleh Syeikh al-Marbawi (1896-1989) dan telah diterbitkan pada awal abad ke-20. Hadis yang terkandung dalam kitab ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah isu yang berkaitan dengan wanita. Kajian mengenai wanita masih relevan untuk dibincangkan sehingga kini, apatah lagi ia telah dibahaskan berkurun lamanya melalui kitab jawi sama ada secara langsung mahuun tidak langsung. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hadis-hadis berkaitan wanita yang terkandung di dalam Baḥr al-Mādhī serta mengkaji interpretasi penulis terhadap hadis-hadis tersebut. Kajian ini juga meneliti konsep emansipasi wanita melalui hadis Nabawi kerana sejarah telah mencatatkan bahawa kedatangan Islam membawa perubahan yang positif dalam mempertahankan hak-hak wanita. Sebagai kajian kualitatif, metod yang digunakan adalah tematik analisis dan analisis kandungan bagi mengumpul data serta menganalisis hadis berkaitan wanita. Dalam Baḥr al-Mādhī, al-Marbawi telah mensyarahkan 2783 hadis yang membincangkan pelbagai isu dan masalah, namun kajian ini hanya memfokuskan kepada 30 hadis berkaitan wanita dengan melihat smeula status dan intipati kandungan hadis berdasakan tema yang terpilih. Hasil kajian menemukan bahawa penulis memberi sumbangan dalam memperkasa dan menyokong hak-hak wanita sama ada secara halus mahupun jelas dengan menjadikan Islam, iman, dan ihsan sebagai asas pembangunan insan.
Description
Keywords
Al-Marbawi, Wanita, Emansipasi Wanita, Pemerkasaan Wanita
Citation
Hamisan@Khair, N. S. & Mad Azeri, N.A (2023). Analisis terhadap Hadis berkaitan Wanita dalam Baḥr Al-Madhi: Meneliti Konsep Emansipasi Wanita. Jurnal Hadis, 13(25), 18-27. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i25.222