Publication:
Tanggungjawab Pesalah Kanak-kanak dalam Undang-undang Rogol di Malaysia: Analisis Menurut Perspektif Syariah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Definisi pesalah rogol dalam Kanun Keseksaan Malaysia yang dibaca bersama Seksyen 113, Akta Keterangan 1950 menganggap kanak-kanak di bawah umur tiga belas tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol dengan sangkaan yang tidak boleh dipatahkan. Ia bermakna mereka terlepas daripada tanggungjawab terhadap kesalahan tersebut. Permasalahannya adalah terdapat kes-kes rogol yang melibatkan pesalah kanak-kanak ini terjadi berdasarkan laporan berita yang diterima kebelakangan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu tanggungjawab jenayah dalam perundangan rogol menurut perspektif Syariah. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Hasil kajian mendapati Seksyen 113, Akta Keterangan yang menganggap kanak-kanak di bawah umur tiga belas tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol adalah tidak selari dengan prinsip Syariah dan peredaran zaman. Ia dicadangkan untuk dipinda atau dimansuhkan.

Description

VOL. 28 NO. 3

Keywords

pesalah kanak-kanak, rogol, syariah, seksyen 113 Akta Keterangan, tanggungjawab jenayah

Citation

Abdulah, N. A., Kamruzaman, N. A.-F., Abdul Mutalib, M., & Hazram, N. A. (2023). Tanggungjawab Pesalah Kanak-Kanak Dalam Undang-Undang Rogol Di Malaysia: Analisis Menurut Persepktif Syariah: The Responsibility of Child Offenders in Malaysian Rape Law: An Analysis from Shariah Perspective. Journal of Fatwa Management and Research, 28(3), 148–158. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no3.554