Options
Pembangunan Insan Melalui Pengintegrasian Maharat Al-Quran Dalam Pembelajaran Kimia
Date Issued
2021
Author(s)
Fawarni binti Ahmad
Zanaton H. Iksan
Abstract
Pengenalan – Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan generasi
yang memiliki tiga elemen penting iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik. Ketiga-tiga
elemen ini dimuatkan dalam pakej Tahfiz Sains Model Ulul Albab. Elemen Quranik
dirujuk sebagai kemampuan menghafal 30 juzuk al-Quran. Ilmu al-Quran dibudayakan
dalam kehidupan seharian untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan masalah
kehidupan dikaitkan dengan istilah Ijtihadik. Penguasaan elemen quranik dan ijtihadik
akan menjadi pencetus kepada elemen ensiklopedik iaitu menjadi pakar rujuk dalam
sesuatu bidang. Pemerkasaan pendidikan berasaskan Model Ulul Albab berhasrat untuk
melahirkan insan profesional yang bercirikan ketiga-tiga elemen tersebut.
Objektif - Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pembangunan insan dalam
konteks pendidikan integrasi berasaskan Model Ulul Albab khusus kepada pengintegrasian
Maharat Al-Quran dalam pembelajaran Kimia.
Methodologi Kertas konsep ini dibina berdasarkan kepada tinjauan literatur 10 buah artikel
yang membincangkan pembinaan modul pembelajaran sains berintegrasi al-Quran dan
konsep pendidikan Sains Tauhidik.
Dapatan – Berdasarkan dapatan analisis daripada kajian-kajian yang lepas, penerapan
ayat-ayat al-Quran ke dalam pembelajaran Kimia (Sains) adalah relevan dengan keperluan
masa kini yang semakin pesat membangun sejajar dengan perkembangan dunia era
Pendidikan 4.0. Pendidikan Sains berintegrasi al-Quran didapati bukan sahaja mampu
membangunkan potensi murid secara kognitif melalui amalan peperiksaan, tetapi juga
memberi impak dalam pemupukan dan usaha meningkatkan nilai spiritual, keagamaan dan
keimanan kepada Allah SWT melalui penerapan ayat-ayat al-Quran ke dalam bahan
pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan – Makalah ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada pembangunan
insan yang berliterasi saintifik yang mengagungkan kewujudan Allah SWT. Seterusnya
boleh dijadikan sumber rujukan oleh panel penggubal Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran matapelajaran Kimia dan Maharat Al-Quran bagi SMKA Tahfiz Model Ulul
Albab dan juga untuk rujukan guru-guru Kimia khususnya yang beragama Islam.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pembangunan Insan Melalui Pengintegrasian Maharat Al-Quran Dalam Pembelajaran Kimia.pdf
Size
167.1 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1be75d581533127c107f1e12af47e451