Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Others
  4. Konvensyen Kearifan Nusantara (ARIF)
  5. 2023 ARIF
  6. Faktor Penyumbang Penguasaan Maharat Al-Quran dalam Kalangan Pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong
 
  • Details
Options

Faktor Penyumbang Penguasaan Maharat Al-Quran dalam Kalangan Pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Mohammad Aiman Farid Abd Razak
Muhamad Fadlly Ismail
Abstract
Rentetan penerimaan masyarakat terhadap sistem pengajian al-Qura>n, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah-sekolah kerajaan secara berperingkat. Program TMUA ini menawarkan dua mata pelajaran bawah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) iaitu Hifz} al-Qur’an dan Maharat al-Qur’an. Namun begitu, hasil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan pencapaian mata pelajaran Maharat al-Qur’an tidak cemerlang berbanding Hifz} al-Qur’an. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengkaji tahap penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, apakah faktor yang menyumbang dan sejauh mana faktor tersebut mempengaruhi penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey) melibatkan pungutan dan analisis data secara deskriptif dan inferensi. Pengkaji menggunakan intrumen soal selidik dalam mendapatkan data kajian yang mana nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α =0.84. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 132 orang pelajar tingkatan 5 tahun 2019 dan pengkaji memilih persampelan rawak berstrata serta merujuk penetapan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) bagi menentukan saiz sampel yang perlu diambil. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar bagi kompenen Tila>wah sahaja pada tahap yang baik manakala kompenen lain seperti Tajwid, Rasm Uthmani, Manhaj dan Amali Qiraat pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati daripada tiga faktor yang dikaji, hanya faktor kemampuan Bahasa Arab dan faktor peranan ibu bapa menunjukkan hubungan yang signifikan (p<0.05) terhadap penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar manakala faktor kualiti pengajaran guru tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Selain itu, hasil kajian mendapati daripada tiga faktor yang dinyatakan, faktor peranan ibu bapa paling kuat (β=0.32) mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pihak berautoriti, pelaksana dan pengkaji lain dalam menambah baik program TMUA dalam pendidikan negara.
Subjects

Faktor Penyumbang, Pe...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

FAKTOR PENYUMBANG PENGUASAAN MAHARAT AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG.pdf

Size

1.05 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):f23ff0eed40356507a2e1f91793f0531

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia