Publication: Isu Kepemimpinan Orang Bukan Islam Dalam Kerajaan Menurut Perspektif Fiqh
Loading...
Date
2011
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Artikel ini menghuraikan tentang peranan rakyat bukan Islam dalam
pentadbiran kerajaan. Mereka dianggap sebahagian daripada rakyat
negara Islam yang menikmati hak dan keistimewaan di samping
memikul tanggungjawab sama seperti orang Islam. Sebagai rakyat,
mereka memperolehi pelbagai hak rakyat negara Islam termasuk hak
berpolitik kerana mereka adalah rakan pembangunan negara dan
tamadun Islam. Tamadun Islam mencatatkan berlakunya partisipasi
rakyat bukan Islam dalam pentadbiran kerajaan samada sebagai
pemimpin, pembantu atau guna tenaga pakar selain dalam bidang
ekonomi, pendidikan, sosial dan kesihatan. Keadaan ini banyak teijadi
pada zaman kerajaan Islam Umayyah, Abbasijyah dan juga
Uthmaniyyah. Namun penglibatan mereka mendapat perhatian para
fuqaha yang disoroti daripada perspektif Fiqh. Penglibatan politik
bukan Islam dibenarkan tetapi tertakluk kepada beberapa syarat dan
peraturan tertentu. Asas utama yang ditekankan ialah sejauhmana
tercapainya faktor "maslahah" umat Islam di sebalik penglibatan
rnereka dalam pentadbiran hal ehwal kenegaraan
Description
Keywords
kepimpinan, bukan Islam, fiqh.