Options
Tema-Tema Sufi dalam Antologi Puisi “Di Malam Gelita Ini”, Karya Suhaimi Haji Muhammad
Date Issued
2024
Abstract
Penyair Suhaimi Haiji Muhammad merupakan seorang penyair yang banyak mengemukakan fikrah tasawuf di dalam antologi puisinya “Di Malam Gelita Ini” (1982). Kajian ini mengkaji tiga tema yang terdapat di dalam antologi tersebut iaitu; pertama: Kerinduan,kecintaan Ilahi dan mabuk Sufi, kedua: Keagungan dan Kebesaran Ilahi, dan ketiga: Pengembaraan Sufi dan kenangan Ilahi. Kajian ini juga menganalisis makna di sebalik tema-tema tersebut. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian teks serta diperkukuhkan dengan petikan puisi dan pandangan yang dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua tiga tema ada di dalam antologi pilihan, di mana Suhaimi banyak mengemukakan tema Keagungan dan Kebesaran Ilahi dan tema Kerinduan,kecintaan Ilahi dan mabuk Sufi. Ini membuktikan bahawa penyair membincangkan tentang fikrah Sufi di dalam antologinya melalui tiga tema di atas dengan gaya bahasa yang puitis dan simbolisme yang mendalam, antologi ini bukan sahaja memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu tetapi juga memberikan ruang untuk pembaca merenung ke dalam diri dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
File(s)
Loading...
Name
Tema-Tema Sufi dalam Antologi Puisi “Di Malam Gelita Ini”, Karya Suhaimi Haji Muhammad.pdf
Size
374.49 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ba73c2521a4b748d00e6dbaee48a1336