Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Ulum Islamiyyah: Malaysian Journal of Islamic Sciences
  4. Keterbatasan Fahaman Fungsi Huruf Ya’ Dalam Nahu Arab
 
  • Details
Options

Keterbatasan Fahaman Fungsi Huruf Ya’ Dalam Nahu Arab

Journal
Ulum Islamiyyah
Date Issued
2017
Author(s)
Zauwiah Abidin
Azhar Muhammad
Abstract
Huruf Yā’ merupakan salah satu huruf hijaiyyah yang mempunyai pelbagai fungsi dalam nahu Arab. Namun, pemahaman majoriti pelajar lebih tertumpu pada satu fungsi iaitu sebagai ضمير (kata ganti nama) أنا yang bermaksud ‘saya’. Justeru, Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran pelajar dalam membezakan fungsi Yā’, mengenal pasti ketepatan penggunaan Yā’ dalam struktur ayat, serta menganalisis kemampuan pelajar menghubungjalin fungsi huruf Yā’ dengan i’rab. Hasil dari kajian ini boleh membantu para pengajar merangka, mempelbagaikan dan menambahbaik pengajaran bahasa Arab khususnya bagi subjek nahu. Dengan menggunakan metode kualitatif berdasarkan ujian bertulis dan temu bual terhadap lapan orang responden bermula dari darjah enam hingga tingkatan tiga di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, kajian ini dijalankan dengan berpandukan kerangka teori revisi Taksonomi Bloom. Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan pemahaman ضمير (kata ganti nama) kepada أنا yang bermaksud ‘saya’ lebih dominan dari yang lain. Keterbatasan ini berlaku kerana pelajar menggunakan aspek kognitif mereka pada tahap mengingat dan memahami. Kesimpulannya, keterbatasan pelajar dalam fahaman fungsi huruf Ya’ berpunca pada kelemahan mereka yang tidak mengaplikasi dan menganalisis sesuatu maklumat yang diterima terlebih dahulu. Akibatnya mereka tidak mampu menilai perbezaan fungsi kepelbagaian huruf Yā’ dalam nahu Arab.
Subjects

huruf Ya'

nahu Arab

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

The Malaysian Journal of Islamic Sciences (Ulum Islamiyyah)_Vol.19 Special Issue 2017_Keterbatasan fahaman fungsi huruf Ya dalam nahu arab.pdf

Size

491.96 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):d2a5064d513e1e3a1a41b234b4dfb243

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia