Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Proceedings
  4. E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10)
  5. Konsep Kepemimpinan Islam
 
  • Details
Options

Konsep Kepemimpinan Islam

Date Issued
2020-11-04
Author(s)
Ahmed Abdul Malik
Abstract
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna untuk umat manusia. Untuk melaksanakan cara hidup ini, manusia memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun, kokoh dan berwibawa berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat manusia yang tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah mempunyai kuasa politik untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan dasar yang telah ditentukan. Apabila anggota masyarakat mematuhi dan melaksanakan segala prinsip dan dasar yang ditetapkan oleh pemerintah, maka akan terwujud satu negara yang stabil, maju dan berjaya. Apabila pemerintah itu menentukan prinsip dan dasar yang dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan pemerintah atau kerajaan Islam atau dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam. Kemuncak kepada kerajaan Islam ini ialah khalifah, Imam atau ketua negara. Wujudnya konsep khalifah dalam Tamadun Islam sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya aspek kepimpinan dalam tamadun manusia. Di dalam Al-Quran dijelaskan bahawa manusia ditugaskan sebagai khalifah untuk membangunkan dunia dan seluruh isinya. Sementara selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan umat islam ketika itu melantik saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah Islam yang pertama diikuti dengan perlantikan saidina Umar Al-Khattab, saidina Uthman Al-Affan dan saidina Ali Abi Talib. Pembentukan kerajaan Islam Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah selepas itu, sememangnya selaras dengan tuntutan konsep Khalifah.
Subjects

Kepemimpinan Islam, k...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Konsep Kepimpinan Islam.pdf

Size

225.22 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):f1e840fc09ab5b6ce8aa31372aa5676f

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia