Options
Bank Kulit Manusia: Satu Tinjauan, Keperluan Perubatan Dan Hukum Perlaksanaannya
Date Issued
2023
Author(s)
Muhamad Rafiqi Hehsan
Zulkifli Dahalan
Aminudin Hehsan
Abstract
Bank kulit manusia merupakan salah satu isu kontemporari yang semakin berkembang di abad ini. Namun perbahasan dan teknologi yang ada khususnya di Malaysia, belum mampu mengorak ke arah yang lebih mendalam akan keperluannya secara lebih meluas. Masih terdapat hukum berkaitan perkara ini yang perlu dirungkai agar kedatangannya secara meluas di negara ini tidak akan dipertikaikan kelak. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan secara menyeluruh berkaitan bank kulit manusia ini dan keperluannya. Dalam artikel ini juga, kami menggariskan hukum pelaksanan bank kulit manusia yang mungkin memberi polemik berterusan. Kajian itu menggunakan metodologi berasaskan perpustakaan (library-based methodology) dan mengumpulkan data daripada pelbagai sumber, termasuk buku, laman web dan jurnal. Penemuan menunjukkan bahawa bidang bank kulit manusia ini telah digunakan secara meluas di luar negara dengan teknologi yang hebat. Namun, Malaysia agak ketinggalan dalam membina teknologi ini. Keperluan kepada bank kulit manusia ini juga sangat meluas dan banyak digunakan dalam bidang perubatan terapeutik. Kajian ini juga cuba membahaskan perspektif hukum berkaitan pelaksanaan bank kulit manusia yang telah dibahaskan oleh para fuqaha kontemporari. Kesimpulannya, kami melihat akan adanya keperluan kepada bank kulit manusia ini sekiranya digunakan khususnya dalam bidang perubatan. Bidang teknologi yang semakin meluas harusnya diambil manfaat bagi menjaga maqasid syariah, khususnya menjaga kesemua konsep Daruriyat, Hajiyat mahupun Tahsiniyat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Bank Kulit Manusia Satu Tinjauan, Keperluan Perubatan Dan Hukum Perlaksanaannya.pdf
Size
235.81 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):51ffe7b0f7f8019bc55518b68ac54565