Publication:
Pemikiran Tafsir Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar dalam Kitab Mawaqif Al-marjan

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kitab Melayu Islam di pattani adalah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh seorang tokoh Melayu yang menjadi lambang kesarjanaan mereka. Ia mencerminkan falsafah dan jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menjadi tunjang dalam kehidupan mereka. Antara kitab yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum ialah Mawaqif Al-Marjan yang merupakan sebuah karya tafsir dihasilkan oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar. kitab tafsir ini sangat signifikan dalam konteks kajian tafsir dan huraian tentang ayat-ayat mutasyabihat dan ayat muhakamat. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memperkenalkan Mawaqif Al-Marjan kerana pendekatan tafsir ayat-ayat mutasyabihat yang akan menerangkan kepada masyarakat dengan ringkas berbanding dengan tafsir tafsir lain seperti tafsir nurul ihsan yang mengandungi tafsir ijmali yang lebih hampir kepada konsep terjemah tafsiriyyah, kisah-kisah dan lain-lain. Gaya pentafsiran ini adalah secara analitik mewajarkan kajian terhadap pendekatan tafsir yang diaplikasi oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar dan beberapa aspek pemikiran tafsirnya. Kaedah analisis kandungan terhadap kitab Mawaqif Al-Marjan bagi mendapatkan data, kemudian dianalisis secara perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Ismail menepati pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh para ulama iaitu berdasarkan tafsir mengikut padangan Salaf Dan Khalaf. Namun, kajian ini mendapati pendekatan tafsir mengikut padangan Salaf Dan Khalaf adalah lebih jelas dalam kitab ini. Aspek pemikiran yang diketengahkan oleh Tuan Guru Haji dalam pentafsiran alQuran pula bersifat releven dengan masyarakat setempat khususnya ketika mentafsirkan ayatayat berkaitan dengan ayat sifat-sifat mutasyabihat Allah dengan makluk dan lain-lain. kajian mendapati bahawa kitab Mawaqif Al-Marjan adalah tafsir sahih yang diangkat sebagai karya dan rujukan yang mengandungi nilai dan menjadi sumber penting dalam ilmu Islam .

Description

Volume: 7 Issues: 50 [November, 2022] Special Issues pp. 110 - 121

Keywords

Pemikiran, Tuan Guru Haji Simail Bin Umar, Tafsir Pattani

Citation

Salaeh, A., Syed Hassan, S. N., Ibrahim@ Musa, Z., Mohamed, A. K., & Hamdi, I. (2022). Pemikiran Tafsir Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar Dalam Kitab Mawaqif Al-Marjan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(50), 110 - 121.