Publication: Variasi Istilah Berkaitan Pandemik Covid-19 Dalam Akhbar Berbahasa Arab
Loading...
Date
2020-10-15
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini. Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama, sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19 antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan perkamusan Arab.
Description
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
Keywords
istilah, pandemik, Coronavirus, COVID-19, akhbar arab.