Options
Perhambaan Tradisional di Borneo Utara Zaman Kesultanan Sulu & Brunei
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2017
Author(s)
Sajok, A.
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan dengan amalan perhambaan yang berlaku dalam masyarakat peribumi di Borneo Utara sejak dibawah pengaruh Kesultanan Sulu dan Brunei. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana amalan perhambaan dianggap sebagai sebuah amalan yang unik dan peranan golongan hamba tersebut dalam kehidupan harian termasuklah jenis hamba dan bentuk hubungan di antara hamba itu sendiri dan pemilik hamba. Kajian ini akan menggunakan maklumat mengenai perhambaan di Borneo Utara yang boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti catatan diari pegawai British, rekod-rekod Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB), laporan, akhbar, Mikrofilem, Buku-buku dan Artikel yang telah dihasilkan oleh sarjana awal. Perhambaan di Borneo Utara pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh peranan pembesar daripada Kesultanan Sulu dan Brunei yang mencetuskan permintaan terhadap hamba. Hal tersebut menyebabkan wujud perhambaan yang berlaku dalam suku peribumi seperti Suluk, Bajau, Iranun, Dusun dan Murut. Amalan ini berkembang pesat bersama dengan aktiviti perlanunan yang saling berkait dengan perdagangan hamba di sekitar perairan Borneo. Namun demikian, menjelang pertapakan James Brooke di Sarawak serta SBBUB di Borneo Utara, penghapusan aktiviti perhambaan ini telah dijalankan.
File(s)
Loading...
Name
Perhambaan Tradisional di Borneo Utara Zaman Kesultanan Sulu & Brunei.pdf
Size
586.03 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):65cf1de48ab90e295b257b213a13de52