Options
Haiwan Dalam Kitab Jihad Wa Siyar Sahih Bukhari
Date Issued
2023
Author(s)
Noratikah Che Yusof
Zulhilmi Mohamed Nor
Mohd Hamidi Ismail
Abstract
Umum mengetahui bahawa Kitab Jihad wa Siyar dalam Kitab Sahih Bukhari merupakan himpunan hadis-hadis sahih oleh Imam Bukhari berkaitan dengan perjuangan jihad dan perjalanan Nabi SAW serta para sahabat ra dalam menegakkan kedaulatan Islam sebagai satu agama yang syumul. Selain perbahasan tentang jihad dan perjalanan musafir, Imam Bukhari turut menyelitkan hadis-hadis Nabi SAW berkaitan dengan haiwan di dalam Kitab tersebut. Justeru, artikel ini disediakan bagi mengupas dan menyelidik perbahasan tentang haiwan-haiwan tersebut dalam hadis Nabi SAW yang terdapat di dalam Kitab Jihad wa Siyar, Sahih Bukhari adakah ia mempunyai kaitan dengan perbahasan jihad? Juga mengumpulkan secara umum semua lafaz Nabi SAW berkaitan dengan perbahasan haiwan tersebut. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan sepenuhnya dengan merujuk Kitab Sahih Bukhari sebagai rujukan utama dan Kitab-Kitab Syarah Sahih Bukhari sebagai rujukan sampingan. Data yang dikumpulkan telah dianalisis kandungannya bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa perbahasan haiwan mempunyai kaitan secara langsung dengan perbahasan jihad di dalam Kitab Jihad wa Siyar, Sahih Bukhari. Diharapkan artikel ini menjadi salah satu sumbangan dalam mengembangkan bidang keilmuan berdasarkan hadis Nabi SAW dan memaparkan sudut kesempurnaan ajaran Rasulullah SAW.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Haiwan Dalam Kitab Jihad Wa Siyar Sahih Bukhari.pdf
Size
434.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):96c9b3f93cce7a38eb25572a5df24906