Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2016
 
  • Details
Options

Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2016

Journal
Jurnal Antidadah Malaysia
Date Issued
2019
Author(s)
Haslee Sharil Lim Abdullah
Mohd Rafidi Jusoh
Mohamad Isa Amat 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Amin Al Haadi Shafie 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Mizan Adiliah Bt Ahmad Ibrahim
Mohd Arief Sadik
DOI
https://jurnal.adk.gov.my/kajian-penilaian-keberkesanan-program-perangi-dadah-habis-habisan-pdh-2016/
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program perangi dadah habis-habisan (PDH) 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program PDH melalui enam program utama yang ditentukan berasaskan kepada tujuh indikator penilaian berikut: pertama : Jumlah penagih baru yang dikesan di 14 kawasan tumpuan. Kedua : Jumlah sarang penagihan yang berjaya dibersihkan. Ketiga : Impak program perangi dadah habis-habisan secara kuantitatif dan kualitatif. Keempat : Komitmen pemegang taruh terhadap semua program yang dijalankan dalam program. Kelima : Keterangkuman komuniti terhadap aktiviti program perangi dadah habis-habisan. Ketujuh : Kesediaan masyarakat terhadap program perangi dadah habis-habisan. Kajian ini bersifat kuantitatif yang melibatkan nombor dan angka, namun begitu, data kualitatif juga telah dikumpul melalui temubual separa berstruktur (semi-strctured interview) dan dianalisis untuk menyokong dan meperkukuhkan dapatan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini adalah berbentuk teknik pensampelan berstrata atau stratified sampling technique. Dalam kajian ini, strata adalah mengikut hot-spot di setiap negeri. 150 orang sample meliputi 6 segmen dipilih daripada setiap strata. Maka jumlah sampel yang terlibat adalah sekitar 2100 orang. Data-data kuantitatif diperoleh daripada pelaporan aktiviti mengikut KPI yang ditetapkan untuk dianalisis supaya objektif 1,2,4 dan 6 tercapai. Sementara untuk mencapai objektif ke 3 yang mengukur impak program PDH, satu set soalselidik telah dibangunkan bagi tujuan pengumpulan Kejayaan dan keberkesanan kempen ini adalah berdasarkan kepada dapatan berikut. Penurunan kadar penagih baru yang dikesan di kawasan tumpuan Jika digeneralisasikan kepada kadar penagih baru kebangsaan, dapatan kajian ini adalah jauh lebih rendah atau pengurangan sebanyak 55.0%.. Pembersihan sebanyak 71.4% daripada jumlah sarang penagihan yang didaftar dan diprofilkan di kawasan-kawasan tumpuan dalam tempoh lapan bulan. Impak program secara keseluruhan adalah sebanyak 80.4% ke atas komuniti berdasarkan ukuran terhadap pembolehubah kebolehcapaian (accessible), boleh dilihat (visible), kesediaan (readiness), kesedaran (awareness), pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) dalam kalangan pemimpin dan ahli komuniti. Program pengesanan dan penahanan (operasi cegah, sarang dan bersepadu) paling tinggi memberi impak ke komuniti, diikuti oleh program omnipresence, media dan ikon antidadah. Komitmen yang ditunjukkan oleh pemegang taruh (stakeholder) kepada Kempen PDH adalah amat tinggi. Keterangkuman komuniti berlaku di 85.7% kawasan tumpuan PDH, melibatkan peranan semua pihak iaitu badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, individu persendirian dan pemimpin komuniti. Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin komuniti memainkan peranan paling penting dengan kadar penglibatan sebanyak 78.6%, diikuti NGO (57.1%), sektor swasta (35.7%) dan individu persendirian (35.7%). Secara keseluruhan, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kempen perangi dadah habis-habisan amat berjaya dan berkesan dalam mengurangkan masalah penagihan dadah.
File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2016.pdf

Description
Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2016
Size

1.22 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):4179023832297e43c8ca38033fa749b6

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia