Options
Impak Penggunaan Tiktok dalam Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat
Date Issued
2024
Author(s)
Amnani bt Azman
Nur Liyana bt Ishak
Nur Fatinah bt Aduan
Abstract
Penggunaan media sosial dalam aktiviti harian sangat popular di era moden ini. Antara aplikasi yang kerap digunakan adalah TikTok, iaitu aplikasi yang memudahkan masyarakat dalam mengedit video berdurasi pendek serta mempunyai elemen yang menarik. TikTok merupakan aplikasi yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat untuk menyebarkan berita, kisah pendek dan secara tidak langsung turut berperanan sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat. Namun begitu, penggunaan TikTok ini juga mendapat banyak tomahan dan kritikan apabila penggunaannya yang melampaui batas dan secara berlebihan sehingga menjejaskan masyarakat terutamanya. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti impak penggunaan TikTok sebagai platform yang sangat berkesan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat kita. Kajian ini berdasarkan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif yang memaparkan beberapa impak penggunaan TikTok dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kajian ini melibatkan kaedah soal selidik yang menggunakan pendekatan kuantitatif dimana soal selidik dijalankan melalui google form. Data dan maklumat yang diperoleh membantu pengkaji dalam menganalisis kumpulan responden yang telah dikenal pasti. Pada masa yang sama, kaedah kualitatif turut digunakan untuk melakukan tinjauan dan pemerhatian terhadap kajian yang dijalankan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan seterusnya mengemukakan kesan penggunaan TikTok ini dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat lebih cakna serta memberikan perhatian yang lebih terhadap sesuatu isu yang disampaikan melalui TikTok. Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan aplikasi TikTok dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat kerana mesej yang disampaikan melalui video pendek dan padat di TikTok sangat memberi kesan kepada pembaca dan pengguna aplikasi TikTok.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Impak Penggunaan Tiktok dalam Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat.pdf
Size
474.94 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c60eb39cfcb3781d1018cd276999fc31