Publication:
Analisis Perundangan Bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Berkaitan Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariah

cris.virtual.departmentUniversiti Sains Islam Malaysia
cris.virtual.orcid0000-0001-7332-2922
cris.virtualsource.departmenta0e2ed77-cad7-408a-8fba-57fe90f11e0d
cris.virtualsource.orcida0e2ed77-cad7-408a-8fba-57fe90f11e0d
dc.contributor.authorMuhammad Hazim Ahmadi,en_US
dc.contributor.authorMohamad Anwar Zakariaen_US
dc.contributor.authorNoraishah Nordin ,en_US
dc.contributor.authorSiti Khadijah Ishaken_US
dc.contributor.authorNurkhairina Othamanen_US
dc.contributor.authorAhmad Syukran Baharuddin
dc.contributor.authorSyaryanti Hussinen_US
dc.date.accessioned2024-06-04T07:12:29Z
dc.date.available2024-06-04T07:12:29Z
dc.date.issued2019
dc.description.abstractPerkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini telah memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan dalam kaedah pembuktian di Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah. Hal ini berikutan penggunaan pembuktian saintifik di mahkamah untuk membuktikan dan mensabitkan sesuatu kes, begitu juga untuk membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di Mahkamah Sivil seawal tahun 1950-an dan digunapakai secara meluas sehingga ke hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di Mahkamah Syariah di mana pembuktian saintifik amat jarang dilakukan. Pada hakikatnya, undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan-peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di Mahkamah Syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam mengumpul data primer dan sekunder. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah pembuktian dan penafian sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat juga prosedur-prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Kesimpulannya, Hukum Syarak tidak menolak konsep sains forensik malahan telah menerimanya ribuan tahun sebelum ia diperkenalkan semula melalui nama, terma, dan konsep yang lebih saintifik dan moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu kepada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian-kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang tuntas terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan Mahkamah Syariah. Kajian ini juga secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran konsep shumūliyyah dalam ajaran Islam yang merangkumi pelbagai bidang ilmu.en_US
dc.identifier.isbn978-967-2114-10-9
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/19052
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUsuli Faqih Research Centre PLTen_US
dc.subjectFiqh Forensiken_US
dc.subjectSains Forensiken_US
dc.subjectUndang-Undang Keteranganen_US
dc.subjectMahkamah Syariahen_US
dc.titleAnalisis Perundangan Bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Berkaitan Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariahen_US
dc.typetext::report::research report
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Analisis Perundangan Bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Berkaitan Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariah.pdf
Size:
689 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections