Publication:
Makna Diri Sebagai Hamba Allah Menerusi Perspektif Badiuzzaman Said Nursi Dalam Mendepani Musim Pandemik

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Malaysia digemparkan dengan ujian Pandemik Covid 19 pada tahun 2020. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan pandemik yang memberikan kesan yang ketara kepada masyarakat keseluruhannya dapat di kawal dengan baik. Walau bagaimanapun, setiap usaha itu haruslah bermula dengan diri yang berada dalam sesebuah masyarakat itu. Malah usaha yang dijalankan di peringkat individu masyarakat ini diangkat oleh Allah SWT dalam Quran sebagai usaha yang akan membawa kepada perubahan (surah Ar Ra’du:13). Justeru, kajian ini ingat meneliti konsep hamba pada diri manusia yang menurut Badiuzzaman Said Nursi merupakan kunci untuk menarik rahmat Allah SWT kepada seseorang dan aplikasinya dalam mendepani ujian pandemik ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian dokumen analisis. Sampel utama adalah Kilauan Pertama, surat ketiga puluh satu buku Risalah An-Nur karya Badiuzzaman Said Nursi. Dapatan kajian mendapati, konsep hamba yang dijelaskan melalui risalah ini adalah hamba Allah yang benar-benar merasai kelemahan dan kefaqiran diri lalu menyerahkan pergantungan mutlak kepada Allah taala, melalui pergantungan itu dia melazimi Quran untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan menerima takdirnya yang sedang dihadapi. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran praktikal kepada setiap individu yang sedang berhadapan dengan ujian pandemik ini dengan perspektif yang benar menerusi kaca mata Quran.

Description

PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords

Makna diri, Konsep Hamba Allah, Pandemik, Ujian, Said Nursi

Citation

Collections