Publication: Penggunaan Dana Zakat dalam pembangunan Takaful Mikro:Satu Sorotan Literatur
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Takaful mikro ialah manifestasi amalan rangkuman kewangan (financial inclusion) dalam sesebuah negara. Tujuan takaful mikro ialah untuk menyokong keperluan kewangan golongan miskin dan tidak bernasib baik, yang sebahagian besar mereka juga dikenali sebagai B40. Kebanyakan mereka terdiri daripada asnaf zakat. Mereka ialah kumpulan masyarakat yang akan menghadapi masalah kejutan kewangan apabila berlaku kemalangan, sakit atau kematian. Walaubagaimanapun, golongan ini tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk mencarum sumbangan dalam takaful. Dana sumbangan yang tidak signifikan juga boleh membantut pembangunan takaful mikro. Antara solusi cadangan ialah melalui penggunaan dana zakat bagi membantu golongan asnaf khususnya fakir dan miskin. Di samping itu, peningkatan kutipan zakat setiap tahun dapat dipadankan dengan kaedah agihan yang lebih efisien.� Salah satu mekanisme agihan yang dicadang ialah melalui kaedah pembinaan takaful mikro berasaskan dana zakat. Kertas ini menganalisis beberapa kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan pembangunan model takaful mikro dalam industri takaful dan keperluannya kepada dana zakat. Kertas ini turut menjelaskan beberapa isu dan cabaran berkaitan penggunaan dana zakat bagi pembangunan takaful mikro. Kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil mendapati beberapa skim bantuan kewangan kepada golongan miskin disediakan sama ada oleh kerajaan atau institusi kewangan. Namun tidak banyak skim takaful mikro ditawarkan buat masa sekarang. Justeru, satu kajian penggunaan zakat untuk membangunkan takaful mikro wajar perlu dijalankan dalam kajian lanjutan.
Description
Keywords
Takaful Mikro, Zakat, Asnaf, Miskin, B40, Model