Publication:
Kearifan Tempatan Mengenai Kapur Barus (Cinnamomum Camphora) Menurut Perspektif Islam dan Budaya Masyarakat Melayu Abad ke 19m

dc.contributor.authorMuhammad Widus Sempoen_US
dc.contributor.authorNurulwahidah Binti Fauzien_US
dc.contributor.authorRobiatul Adawiyah Mohd @ Amaten_US
dc.contributor.authorNorzulaili Mohd Ghazalien_US
dc.date.accessioned2024-05-29T08:12:09Z
dc.date.available2024-05-29T08:12:09Z
dc.date.issued2019
dc.description.abstractPokok kapur barus (Cinnamomum Camphora) telah diperbahaskan dalam kajian akademik masa kini berkait dengan manfaat dan khasiatnya daripada pelbagai aspek kehidupan. Uniknya, pokok kapur barus ini tidak hanya dibicarakan mengenainya desawarsa ini, bahkan telah direkodkan sebagai salah satu komoditi perdagangan utama sehingga menjadi tunjang peristiwa dan tolak tarik di dalam proses perkembangan Islam di awal abad ke 14M di Nusantara. Kajian ini berusaha untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu i) Menelusuri perbahasan tentang kapur barus menurut perspektif Al-Quran dan Sunah serta hubung kait kapur barus dengan masyarakat Nusantara, ii) Mengkaji keutamaan kapur barus berdasarkan budaya kearifan tempatan masyarakat Melayu sebagaimana dirakamkan di dalam kitab perubatan Melayu dan iii) Menganalisa manfaat kapur barus (Cinnamomum Camphora) menurut kajian saintifik. Untuk mencapai ketiga-tiga obejktif tersebut, penulis mengeluarkan data daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitan dengan kapur barus. Seterusnya, kearifan tempatan berkaitan penggunaan kapur barus dijana daripada manuskrip perubatan Melayu melalui kajian kualitatif. Kesemua sumber ini dianalisis melalui pendekatan induktif secara bersepadu untuk menzahirkan kefahaman yang lebih komprehensif. Hasil kajian mendapati bahawa kapur barus yang disebatikan dengan herba-herba tempatan dalam perubatan sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya pada abad ke-19 M dan ini selari dengan amalan Islam yang merekodkan khasiat Kapur barus sepertimana dalam Al-Quran dan hadith.
dc.identifier.epage90
dc.identifier.issn2232-0431
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage76
dc.identifier.urihttp://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/196
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14428
dc.identifier.volume19
dc.languageMalay
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofAL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectKapur Barusen_US
dc.subjectManuskripen_US
dc.subjectPerubatanen_US
dc.subjectMelayuen_US
dc.titleKearifan Tempatan Mengenai Kapur Barus (Cinnamomum Camphora) Menurut Perspektif Islam dan Budaya Masyarakat Melayu Abad ke 19men_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
KEARIF~1.PDF
Size:
529.31 KB
Format:
Adobe Portable Document Format