Publication:
Persepsi Niat Penyumbang Wakaf Tunai Yang Tidak Pasti Untuk Menyumbang Lagi Dan Hubungannya Terhadap Integriti Institusi Wakaf Di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi niat penyumbang wakaf tunai yang tidak pasti untuk menyumbang lagi dan hubungannya terhadap integriti institusi wakaf di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti latarbelakang pewakaf yang memberikan maklum balas ‘tidak pasti’(neutral) untuk berniat menyumbang wakaf tunai lagi dalam masa terdekat. Kaji selidik telah diedarkan kepada 400 orang responden secara rawak dan hanya 345 yang valid dan boleh diguna pakai untuk kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah diskriptif statistik. Hasil kajian mendapati, daripada 345 orang responden, sebanyak 112 (32 peratus) telah memberi maklumbalas bahawa mereka ‘tidak pasti’samada berniat menyumbang wakaf tunai lagi pada masa terdekat. Berdasarkan latar belakang demografi responden tersebut, mereka yang tidak pasti samada ingin menyumbang wakaf tunai lagi adalah dari golongan lelaki, berumur 40 tahun dan keatas, berkahwin dan tinggal di bandar. Manakala dari segi latar belakang sosio ekonomi responden, golongan yang tidak pasti ingin menyumbang wakaf tunai lagi adalah mereka yang bekerja dalam bidang pengurusan dan profesional, pemegang ijazah Sarjana Muda dan mereka yang mendapat pendidikan Islam secara formal di universiti, dan berpendapatan rendah iaitu berpendapatan RM1500 dan ke bawah. Akhir kajian juga mendapati persepsi tidak pasti untuk berwakaf lagi ini tidak dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap integriti institusi wakaf di Malaysia. Oleh itu usaha dakwah untuk menggalakkan aktiviti berwakaf perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam keseluruhannya.

Description

Keywords

Persepsi,, Integriti

Citation