Publication:
Penggunaan Media Sosial Dan Kesejahteraan Penggunaan Menurut Islam

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021-09-09

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Media sosial adalah satu medium yang baik untuk bersosial sekali gus mengeratkan lagi hubungan sesama manusia, akan tetapi ianya perlu digunakan dan diuruskan dengan bijaksana. Kecuaian dan kelekaan terhadap medium ini sedikit sebanyak memberikan impak negatif terhadap kehidupan manusia itu sendiri. Islam juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terus menerus menyebarkan unsur negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan akidah seseorang individu yang terdedah dengan masalah yang disebarkan di media sosial sekarang ini. Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama yang baik serta berakhlak mulia, gunakanlah nikmat dan anugerah tuhan ini sebaiknya kerana bagi setiap ciptaan tuhan itu mempunyai hikmah dan kebaikan yang sempurna. Walaubagaimanapun, dalam kesibukan mengakses media sosial, pengguna hendaklah sedar dan patuh etika demi kelestarian penggunaan media sosial. Kerajaan juga telah memainkan peranan dengan menggubal undang-undang bagi membatas dan mengawal penggunaan media sosial dalam dunia tanpa sempadan. Kata kunci: Media sosial, Islam, impak, etika, kelestarian

Description

Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords

Media sosial,, Islam,, impak,, etika,, kelestarian

Citation

Collections