Publication: Al-Zamakhsyari Dan Al-Qiraat: Sorotan Surah Al-Baqarah
Loading...
Date
2021-10-06
Authors
Mujahid Bin Ahmad Lutfi
Khairul Anuar Bin Mohamad
Mohamad Redha Bin Mohamad
Abi Syafiq Al Hakim Bin Abd Jabar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Tafsir al-Kasysyāf karangan al-Zamakhsyari merupakan sebuah kitab tafsir yang mempunyai kedudukan tersendiri di sisi para pengkaji dalam bidang tafsir. Mazhab muktazilah yang menjadi pegangan al-Zamakhsyari tidak menjadi penghalang bagi para ulama untuk menjadikan al-Kasysyāf sebagai rujukan dalam bidang kepakarannya terutamanya dari sudut kehebatan balaghah. Kertas kerja ini menyingkap sudut pandangan al-Zamakhsyari dalam bidang qiraat, yang merupakan satu alat yang penting bagi para mufassirīn dalam proses tafsir al-Quran. Penelitian dilakukan terhadap surah al-Baqarah yang merupakan surah terpanjang dalam al-Quran, kerana kelazimannya metode seorang mufassir itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan pemerhatian terhadap surah ini. Kajian ini merupakan satu kajian teks yang dilakukan terhadap kitab tafsir al-Kasysyāf. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Zamakhsyari mengaplikasikan penggunaan qiraat dalam tafsir beliau. Namun, metode beliau dalam ilmu qiraat tidak mengikut manhaj ulama dalam bidang qiraat, berdasarkan bahagian qiraat yang dibawakan, metode nisbah qiraat kepada qurrā’ dan komentar beliau terhadap setiap bacaan yang dinaqalkan. Walau bagaimanapun, sudut tawjīh qiraat merupakan satu kelebihan al-Zamahsyari yang boleh menjadi panduan kepada pembaca tafsir beliau.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
al-Zamakhsyari, al-Qiraat, Surah al-Baqarah