Options
Penilaian Kebolehgunaan Modul Psikopendidikan Gifted (Bagi Isu Keinginsempurnaan, Kebimbangan Sosial dan Keterujaan Luar Biasa) Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat
Date Issued
2023
Author(s)
Amnah Zanariah Abd Razak
Shahlan Surat
Nor Hamizah Ab Razak
Abstract
Isu sosioemosi dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat semakin meningkat saban hari terutama dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Berdasarkan analisis keperluan yang dilaksanakan, isu sosioemosi yang paling kerap yang berlaku dalam kalangan pelajar yang dikaji adalah isu keinginsempurnaan, kebimbangan sosial dan keterujaan luar biasa. Oleh itu satu kajian pembangunan modul dilaksanakan bagi ketiga-tiga isu ini. Produk inovasi modul ini dinamakan sebagai Modul Psikopendidikan GIFTED. Modul ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi fasa penilaian bagi modul ini, soal selidik USE digunakan di dalam kajian ini yang mengandungi 30 item mewakili tiga dimensi penilaian kebolehgunaan iaitu kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan bagi menguji tahap kebolehgunaan modul ini. Soal selidik USE ini dipilih kerana mempunyai kualiti yang baik bagi mengukur kebolehgunaan produk modul dan telah digunakan secara meluas. Seterusnya kajian ini menjurus kepada objektif kajian bagi mengenal pasti tahap kebolehgunaan modul Psikopendidikan GIFTED dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Seramai 30 orang pengguna yang terdiri daripada pelajar di sekolah pintar dan berbakat di Negeri Sembilan, Malaysia yang telah menjalani modul psikopendidikan GIFTED ini. Nilai Alpha Cronbach ujian kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah baik. Instrumen USE ini didapati sesuai digunakan bagi mengukur kebolehguaan modul dalam kalangan pengguna modul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Psikopendidikan GIFTED ini mempunyai nilai kebolehgunaan yang sederhana tinggi. Kesimpulannya, Modul Psikopendidikan GIFTED ini terbukti sesuai untuk digunakan bagi membantu isu sosioemosi keinginsempurnaan, kebimbangan sosial dan keterujaan luar biasa dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat dalam usaha membangunkan insan yang sejahtera fizikal dan mental. Secara keseluruhannya instrumen USE didapati mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan baik dan terbukti sesuai digunakan bagi menentukan kebolehgunaan produk bagi Modul Psikopendidikan GIFTED ini dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penilaian Kebolehgunaan Modul Psikopendidikan Gifted (Bagi Isu Keinginsempurnaan, Kebimbangan Sosial dan Keterujaan Luar Biasa) Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat.pdf
Size
373.36 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5cba66ff317b9fe57892deb3c3b98fce