Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Keluarga Sihat di Era Pandemic COVID-19: Aktiviti Holistik Berdasarkan Maklumat Islami
 
  • Details
Options

Keluarga Sihat di Era Pandemic COVID-19: Aktiviti Holistik Berdasarkan Maklumat Islami

Journal
Journal of Education and Social Sciences
Date Issued
2022-02
Author(s)
Mohd Zahir Abdul Rahman
Ahmad Murshidi Mustapha
Mohd Miqdad Aswad Ahmad
Mohamad Hafizuddin Mohamed Najid
Abstract
Fenomena masyarakat di Malaysia di era pandemic COVID-19 sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta lebih banyak berada di rumah untuk bekerja. Situasi ini menyebabkan kekerapan ahli keluarga yang keluar rumah untuk beraktiviti makin terhad dan dikhuatiri meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Jumlah talian bantuan sokongan sosial di Malaysia turut dilaporkan semakin meningkat. Lebih mengejutkan apabila 85.5% panggilan ini membabitkan isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri. Dari awal Januari hingga 21 Mei 2021, dilaporkan sejumlah 101,150 panggilan yang diterima, yang mana 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Panggilan ini merangkumi pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 dan kumpulan rentan. Aktiviti holistik merujuk kepada pendekatan gabungan secara sepadu empat domain hidup manusia iaitu biologi, psikologi sosial dan spiritual berasaskan maklumat Islami. Senarai aktiviti ini diharap mampu membanyakan koleksi pendekatan dalam mengatasi masalah kesihatan mental di era pandemik ini. Justeru, kajian ini akan menggumpul dan mengusulkan beberapa cadangan pendekatan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi perbahasan al-Quran, Hadis dan pandangan sarjana Muslim dalam mengadakan aktiviti yang bermanfaat di rumah bersama ahli keluarga. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui tafsir al-Quran, syarah Hadis serta kajian sarjana Muslim terdahulu dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan perbahasan menerusi maklumat Islami sesuai dengan masa dan keadaan semasa dalam menangani isu-isu yang berlaku terutamanya ketika pandemik COVID-19. Penemuan ini mampu menambahkan koleksi terapi berasaskan empat domain utama manusia berasaskan maklumat Islami serta mengurangkan bebanan perasaan masyarakat ketika terlalu lama berada di rumah.
Subjects

Aktiviti Holistik, Ma...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

KELUARGA SIHAT DI ERA PANDEMIC COVID-19-AKTIVITI HOLISTIK BERDASARKAN MAKLUMAT ISLAMI.pdf

Size

323.85 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):0f995c1fb0bb506d6171ebe594514871

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia