Publication:
Keperluan Pengurusan Konflik Dalam Pendekatan Kaunseling Kelompok

dc.contributor.authorOthman bin Ab Rahmanen_US
dc.contributor.authorMizan Adiliah Ahmad Ibrahimen_US
dc.contributor.authorSaedah Abd Ghanien_US
dc.date.accessioned2024-05-29T08:05:47Z
dc.date.available2024-05-29T08:05:47Z
dc.date.issued2017
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengukur keperluan pengurusan konflik dalam pendekatan kaunseling kelompok. Sekumpulan bakal kaunselor telah diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dari aspek tahap tolak ansur, mengelak, penyesuaian, persaingan serta tahap kerjasama melalui kaunseling kelompok. Rekabentuk kajian ini adalah kajian eksperimental dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16. Kajian ini melibatkan 28 orang subjek kajian yang mempunyai ciri-ciri homogenus dari aspek tahap kemahiran dan jantina di mana subjek kajian telah dipilih secara rawak bebas. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok A yang diberi latihan pengurusan konflik manakala kelompok B adalah kelompok kawalan. Inventori yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974). Di awal kajian, kedua-dua kelompok A dan B telah menjalani ujian pra di mana Inventori Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974) digunakan untuk mengukur tahap-tahap kemahiran pengurusan konflik mereka. Seterusnya subjek kajian kelompok A menjalani latihan pengurusan konflik manakala kelompok B tidak menjalani sebarang latihan kerana mereka adalah kelompok kawalan. Selesai sesi latihan, kedua-dua kelompok A dan B menjalani ujian pasca di mana sekali lagi tahap kemahiran pengurusan konflik mereka diukur. Selain daripada data kuantitatif yang diperolehi daripada Ujian Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974), data kualitatif juga diperolehi daripada sesi temubual terhadap subjek kajian yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kelompok A, iaitu r=0.022, p < 0.05 manakala kelompok B tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan ini telah disokong oleh data kualitatif di mana subjek kajian mengakui sikap bekerjasama dan tolak ansur telah mereka perolehi melalui Latihan Pengurusan Konflik yang telah dijalankan.en_US
dc.identifier.epage48
dc.identifier.issn2232-0431
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage35
dc.identifier.urihttp://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/122
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14166
dc.identifier.volume10
dc.languageMalay
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofAL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanitiesen_US
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectPengurusan Konfliken_US
dc.subjectKaunseling Kelompoken_US
dc.subjectKaunseloren_US
dc.titleKeperluan Pengurusan Konflik Dalam Pendekatan Kaunseling Kelompoken_US
dc.title.alternativeThe Need Assessment for Conflict Management in Group Counseling Approachen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
KEPERLUAN PENGURUSAN KONFLIK DALAM PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK.pdf
Size:
364.54 KB
Format:
Adobe Portable Document Format