Publication:
Pendaftaran Perkahwinan Pelarian Rohingya Dan Perlindungan Nasab

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021

Authors

Khairunnisah Sayed Ahmad Kabeer;
Dina Imam Supaat;
Farhana Mohamad Suhaimi

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

ZES ROKMAN RESOURCES

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pendaftaran perkahwinan adalah proses dokumentasi formal mengikuti prosedur yang termaktub di dalam undang-undang keluarga Islam. Tujuan pendaftaran perkahwinan adalah untuk merekod butiran penting perkahwinan yang akan diperlukan pada masa akan datang dan berperanan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pembentukan kekeluargaan. Bahkan, prosedur perkahwinan merupakan suatu sistem pentadbiran berbentuk keperluan (hajiyyat) yang boleh dipelihara bagi mengelakkan kekeliruan tentang kesahan perkahwinan dan perihal ketidakjelasan yang berkaitan. Apabila pasangan yang berkahwin dapat memenuhi prosedur undang-undang, maka ianya sudah menjadi pelengkap (tahsiniyat) dengan hala tuju keselesaan kehidupan dan menghindari mudarat dalam kehidupan berkeluarga. Kajian ini memfokuskan perbezaan pendaftaran perkahwinan bagi bukan warganegara yang berstatus pelarian yang menjalankan pernikahan dibawah hukum syarak tanpa mengikuti prosedur undang-undang. Kajian ini menganalisa keperluan pendaftaran dibawah undang-undang, amalan pendaftaran perkahwinan pelarian Rohingya dan perlindungan nasab menggunakan kaedah kualitatif kepustakaan. Ia akan menerangkan prosedur perundangan keluarga Islam yang merangkumi elemen prinsip maqasid syariah melindungi keturunan terutamanya pelarian Rohingya. Seterusnya analisa akan dibuat untuk menilai semula amalan perkahwinan pelarian Rohingya dan cabaran perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa perkahwinan pelarian Rohingya memerlukan pendaftaran dibawah undang-undang bagi menjamin kesahan sesuatu perkahwinan dan memelihara nasab. Ia juga memperlihatkan bahawa prinsip maqasid syariah adalah suatu garisan panduan yang memelihara kemaslahatan dalam melindungi hak wanita dan kanak-kanak dalam sesebuah keluarga daripada kemudaratan (daruriyat) yang berpanjangan.

Description

Keywords

pelarian Rohingya, pendaftaran perkahwinan, undang-undang keluarga Islam, perlindungan nasab.

Citation