Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL)
  4. Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Malaysia: Satu Tinjauan Awal
 
  • Details
Options

Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Journal
Malaysian Journal of Syariah and Law
Date Issued
2016
Author(s)
Syahirah Abdul Shukor 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa bukanlah suatu konsep baru, dan ianya semakin mendapat tempat dalam polisi dan penggubal dasar berkaitan pentadbiran keluarga pada masa kini. Undang-undang mengenai tanggungjawab ibu bapa dianggap sebagai fenomena berkaitan dengan sejarah perundangan yang panjang di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat. Memandangkan kepada peningkatan bilangan wanita di Malaysia memasuki alam pekerjaan dan juga kadar perceraian yang dilaporkan semakin hari semakin bertambah di Malaysia, cabaran mendidik dan membesarkan anak oleh ibu bapa pada masa kini menjadi semakin sulit. Kebanyakan kajian sedia ada adalah berkaitan undang-undang tanggungjawab ibu bapa terhadap keadilan kanak-kanak atau juvana dalam kes jenayah. Namun begitu, masih belum banyak penyelidikan dilakukan dan membincangkan tentang apakah sebenarnya yang dikatakan undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia? Bagaimanakah harus undang-undang bertindak balas terhadap pertumbuhan pesat dan cabaran-cabaran berkembang dalam hal-hal kekeluargaan hari ini? Penggubal dasar dan polisi juga harus mengkaji pelbagai faktor seperti keluarga, sekolah, budaya popular, agama dan pengaruh media massa dalam merencanakan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak. Artikel ini secara ringkas merujuk kepada falsafah dan ideologi di sebalik wujudnya undang-undang secara spesifiknya berkenaan tanggungjawab ibu bapa di bawah Undang-undang Inggeris. Dua aspek dibincangkan iaitu pertama, berkaitan dengan undang-undang berkenaan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak secara umum. Kedua, tanggungjawab ibu bapa terhadap pendidikan dan disiplin anak-anak di sekolah. Dalam menggariskan tanggungjawab ibu bapa di sisi undang-undang, penulis juga ingin menekankan keperluan untuk melihat dasar dan polisi yang menyokong ibu bapa dalam menjalani tanggungjawab mereka secara lebih positif, daripada menghukum ibu bapa dengan bertanggungjawab sepenuhnya akan perbuatan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang lalai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka, pelbagai pendekatan harus diutarakan dan diperhalusi oleh penggubal polisi dalam menangani isu pengabaian tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 yang mengutarakan empat kandungan utama - Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti yang diwartakan pada akhir Julai 2016, diharapkan dapat memantapkan lagi perundangan berkaitan perlindungan kanak-kanak dan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia. Penulis juga mencadangkan agar undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia perlulah dirujuk kepada aspek Undang-undang Islam (bagi mereka yang beragama Islam). Manakala, bagi ibu bapa yang bukan Islam, tanggungjawab ibu bapa perlu dilihat daripada aspek adat budaya setempat yang masih diamalkan sehingga kini. Secara tidak langsung, polisi-polisi yang diperkenalkan akan memantapkan lagi Dasar Keluarga Negara yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada Disember 2010 dan Dasar dan Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara (2012) mengikut acuan dan persekitaran di Malaysia.
Subjects

Tanggungjawab ibu bap...

Dasar Keluarga Negara...

Perlindungan Kanak-ka...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Malaysia Satu Tinjauan Awal.pdf

Size

329.02 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):3913e8564b36ef82843077ecb316a4c1

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia