Publication:
Clouddesk : pengurusan makmal komputer

Loading...
Thumbnail Image

Date

2017-03-14

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pendidikan merupakan komponen terpenting dalam membentuk kecemerlangan sesebuah negara. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-PT) 2015-2025 yang inginkan transformasi dalam pendidikan, ICT memainkan peranannya tersendiri. Adaptasi budaya ‘Bring Your Own Device’ (BYOD), Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ‘flip classroom’ dan ‘student centered learning’ menjadi kayuukur kepada sesebuah Universiti sejauh mana perkembangan dan keupayaan Universiti dalam memenuhi keperluan semasa pelajar. Peruntukan bajet yang semakin meruncing menjadi persoalan pokok dalam memastikan operasi dan perkhidmatan ICT dapat terus diberikan kepada pelajar dengan keperluan teknikal yang semakin mencabar. Makmal komputer merupakan aset terbesar bagi menyokong teras Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sesebuah Universiti. Perkakasan komputer yang usang, kos penyelenggaraan yang tinggi dan perolehan perisian yang khusus bagi setiap Fakulti memerlukan pengurusan makmal yang lebih sistematik dan kos efektif . Mulai tahun 2014, pihak GOAL-ITQAN telah memulakan perjalanan alternatifnya dalam menguruskan makmal komputer yang lebih kos efektif melalui teknologi Clouddesk. Teknologi ini menjanjikanTotal Cost of Ownership (TCO) yang rendah dengan memanjangkan jangka hayat sesebuah komputer dan pelaksanaan spesifikasi teknikal yang minima.

Description

Keywords

Virtual Desktop Infrastructure (VDI), Computation laboratories, Pengurusan makmal komputer,

Citation