Publication:
Cabaran dalam Pembelajaran Tahfiz dan Sokongan yang Diperlukan oleh Murid di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terpilih di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pembelajaran tahfiz ialah satu bentuk pembelajaran yang mencabar terutama dalam konteks aliran tahfiz ditawarkan bersekali dengan kurikulum arus perdana iaitu KSSM. Cabaran yang dihadapi murid dalam pembelajaran tahfiz boleh menjejaskan pencapaian hafazan dan mengganggu proses pembelajaran mereka. Oleh itu, sokongan daripada beberapa pihak sangat diperlukan bagi membantu murid tahfiz menghadapi cabaran tersebut. Selaras dengan realiti itu, maka kajian ini dijalankan untuk meneroka bentuk cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz yang berada di sekolah agama bantuan kerajaan terpilih di Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang ditentukan iaitu berkisar kepada penerokaan secara mendalam terhadap cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang terdiri daripada murid tahfiz yang telah melalui pembelajaran tahfiz sekurangkurangnya tiga tahun. Temu bual mendalam dijalankan terhadap peserta kajian yang melibatkan 11 orang murid tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran pembelajaran tahfiz yang dihadapi oleh murid iaitu cabaran persekitaran rumah, cabaran kesukaran menghafaz, cabaran gajet dan cabaran rakan sebaya. Seterusnya dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz iaitu sokongan guru, ibu bapa, rakan dan sekolah. Kajian ini memberi implikasi penting bahawa sokongan adalah aspek yang signifikan kepada murid tahfiz agar mereka mampu menghadapi cabaran dalam pembelajaran mereka. Pihak guru, ibu bapa, rakan sebaya dan pihak sekolah perlu berperanan sebagai sistem sokongan yang efisien bagi membantu pencapaian hafazan murid tahfiz khasnya dan pembelajaran akademik amnya.

Description

THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019/ EDITED BY : DR. NURULWAHIDAH FAUZI, DR. SAMER NAJEH ABDULLAH SAMARH, DR. MESBAHUL HOQUE ,DR. TAZUL ISLAM “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Keywords

pembelajaran tahfiz, murid tahfiz, cabaran pembelajaran, sokongan pembelajaran

Citation

Collections