Publication: Analisis Kajian Tahap Kesedaran Terhadap Kepentingan Kemahiran dan Keyakinan Berkomunikasi secara Interpersonal dalam Kalangan Kru Kabin
Loading...
Date
2024
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Faculty of Leadership and Management
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran kru kabin tentang kepentingan kemahiran komunikasi secara interpersonal serta mengukur tahap keyakinan berkomunikasi mereka sewaktu bertugas. Kajian ini turut bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan dapatan kajian berdasarkan tiga faktor utama iaitu jantina, tahap pendidikan dan tempoh berkhidmat. Penyelidik menggunakan pendekatan teori SERVQUAL sebagai kerangka konseptual dan reka bentuk kajian. Teori SERVQUAL digunakan kerana ia adalah teori yang sangat bertepatan dalam menilai kualiti perkhidmatan. Teori yang juga menekankan lima dimensi utama iaitu ketara, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, dan empati dalam perkhidmatan. Model ini memberikan panduan yang teratur untuk menilai kualiti perkhidmatan dengan teliti dalam pelbagai situasi dan industri. Seramai 726 responden dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik, yang mewakili 3030 responden daripada tiga syarikat penerbangan iaitu Capital A Berhad, Malaysia Airlines Berhad dan Batik Air Malaysia. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dan statistik inferensi atau ujian-t (t-test). Dapatan kajian menjangkakan pengukuran terhadap tahap kesedaran kru kabin tentang kepentingan kemahiran dan keyakinan berkomunikasi secara interpersonal yang dapat menggambarkan tahap kepuasan dan kualiti perkhidmatan kru kabin. Selain itu, serta terdapat perbezaan dapatan kajian yang melibatkan tiga faktor utama yang berbeza iaitu jantina, tahap pendidikan dan tempoh berkhidmat.
Description
E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda,
Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak
Organized by: Faculty of Leadership and Management
Keywords
komunikasi interpersonal; kemahiran; keyakinan; kru kabin
Citation
Yusri Adam, Suria Hani A. Rahman, & Safiyyah Ahmad Sabri. (2024). Analisis Kajian Tahap Kesedaran Terhadap Kepentingan Kemahiran dan Keyakinan Berkomunikasi secara Interpersonal dalam Kalangan Kru Kabin. E-Proceeding Postgraduate Research Conference , 159–162. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf