Publication: Wacana Pluralisme Agama: Satu Penelitian Menurut Pandangan Sarjana Barat dan Muslim
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Wacana Pluralisme Agama telah berkembang dan menjadi perbahasan di kalangan para cendiakawan Barat mahupun dalam kalangan dunia Muslim semenjak akhir kurun ke20. Malah, faham eksklusif agama atau (religious exclusivism) telah mencorakkan dan memberi kesan kepada pemahaman maksud agama di Barat. Ini kerana, perkataan “agama” seringkali dikaitkan dengan faham eksklusif agama yang didominasi oleh agama Kristian dan telah menjadi kayu ukur dalam menetapkan ciri-ciri penting agama lain (non-Christians). Pengalaman agama Kristian juga melakar perubahan daripada konteks beragama yang “eksklusif”, inklusif dan akhirnya apa yang disebut oleh saintis sosial sebagai “pluralisme agama”. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti makna perkataan agama menurut Sarjana Barat dan Muslim, merungkai perkembangan pengalaman beragama agama Kristian dan agama-agama lain di Barat melalui sudut pandang teologi Kristian secara eksklusif, inklusif dan pluralsime agama, dan menyenaraikan kesan perubahan teologi ini kepada agama Kristian dan masyarakat Barat. Metodologi kajian adalah bersifat deskriptif dan kajian perbandingan terhadap penulisan-penulisan sarjana Muslim dan Barat tentang pemahaman idea pluralisme agama. Dapatan kajian ini juga telah mendapati bahawa walaupun terdapat usaha untuk mempromosikan fahaman pluralisme agama di Barat dan di seluruh dunia ini tetapi usaha ini mendapat tentangan dalam kalangan tokoh agama Kristian dan para pemikir di Barat.
Description
E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan
1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)
Keywords
Wacana Pluralisme Agama, eksklusif agama, inlusif, pluralisme agama, Agama Kristian, teologi, Barat