Publication:
Pembelajaran Dalam Talian Pada Era Covid-19: Pengalaman Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan FPBU

dc.contributor.authorLubna Abd Rahmanen_US
dc.contributor.authorZalika Adamen_US
dc.contributor.authorWan Azura Wan Ahmaden_US
dc.contributor.authorSiti Rosilawati Ramlanen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:06:37Z
dc.date.available2024-05-30T09:06:37Z
dc.date.issued2021
dc.descriptionProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysiaen_US
dc.description.abstractPengenalan- Masyarakat seluruh dunia menyaksikan satu perubahan drastik dalam cara hidup mereka sejak berlakunya penularan wabak COVID-19. Perubahan ini meliputi semua aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat terpaksa mengharungi norma kehidupan baharu bagi mengekang penularan pandemik ini. Bidang pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahu pun institusi pengajian tinggi turut terkesan dengan perubahan tersebut. Di Malaysia, para pendidik dan pelajar mula beralih daripada pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah dan bilik kuliah kepada norma baharu PdP dalam talian (online). Pelbagai platform digunakan untuk merealisasi sistem PdP seperti penggunaan Google Classroom, Telegram, Zoom, Microsoft dan sebagainya agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut mewajibkan pembelajaran atas talian selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi agar kaedah pembelajaran tersebut dilaksanakan secara berterusan sehingga Disember 2020. Bukanlah mudah untuk berubah kepada normal baharu kerana perubahan ini berlaku secara drastik. Objektif – Kajian ini cuba melihat perubahan ini dari kaca mata pelajar Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka tentang pembelajaran atas talian. Methodologi – Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik dan hanya memilih sebahagian pelajar Tahun 3 yang mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan (MP) sebagai sampel kajian. Dapatan – Kajian awal mendapati kursus ini bukanlah mudah untuk dipelajari melalui dalam talian kerana memerlukan penerangan secara terus daripada pensyarah. Selain itu, pelajar juga kurang selesa mengikuti pembelajaran dalam talian kerana tidak dapat bersemuka dengan pensyarah untuk bertanyakan apa jua permasalahan yang dihadapi semasa melakukan tugasan Kepentingan –Kajian ini diharapkan dapat diambil perhatian oleh pihak berwajib untuk memastikan kaedah PdP sentiasa dalam keadaan yang selesa kepada pelajar dan memberi manfaat yang optimal dalam pembelajaran mereka.en_US
dc.identifier.epage112
dc.identifier.isbneISBN: 9789674408855
dc.identifier.spage106
dc.identifier.urihttps://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18165
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian Bahasa Utama, USIMen_US
dc.relation.conferenceProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020)en_US
dc.subjectCOVID-19, kursus Metodologi Penyelidikan, pembelajaran atas talianen_US
dc.titlePembelajaran Dalam Talian Pada Era Covid-19: Pengalaman Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan FPBUen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pembelajaran Dalam Talian Pada Era Covid-19.pdf
Size:
131.64 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: