Options
Pemakaian Kaedah Istihlak dan Istihalah dalam Penentuan Produk Halal di Malaysia Berdasarkan Bidangkuasa Perundangan dan Keputusan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2019
Author(s)
Ab Rahman, Z.M.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kaedah istihlak dan istihalah diterima dalam menentukan penghasilan sesuatu produk halal di Malaysia. Kajian perpustakaan telah digunakan dalam menetapkan asas penetapan hukum' bagi kedua-dua kaedah ini, pandangan dan perbezaan pendapat antara fuqaha mazhab juga diketengahkan berdasarkan kitab-kitab utama mereka. Seterusnya kedudukan istihlak dan istihalah dalam pemprosesan produk halal di Malaysia dikaji dengan meneliti enakmen dan akta berkaitan. Selain itu, fatwa dan ketetapan hukum yang diputuskan pihak yang diberi kuasa iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga diteliti untuk menilai pemakaian kaedah ini secara lebih menyeluruh. Kajian mendapati kaedah istihlak dan istihalah yang digunakan dalam penghasilan produk halal di Malaysia hanya dalam konteks yang sempit dan terhad sahaja sebagaimana amalan dalam mazhab Syafie. Keutamaan kepada mazhab Syafie yang menjadi pegangan rasmi negara dalam menentu dan mentafsirkan hukum serta fatwa terus dikekalkan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat secara amnya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_Vol.15_Pemakaian kaedah istihlak dan istihalah dalam penetuan produk halal di Malaysia berdasarkan bidangkuasa perundangan dan keputusan Hukum Muzakarah.pdf
Size
766.97 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a33945a24c32d7a49819816d8a712e02