Options
Analisa Syariah Terhadap Konsep dan Jualan Lelong Secara Bisik: Kajian Kes Pasar Bisik Kuala Muda Kedah
Journal
Ulum Islamiyyah
Date Issued
2018
Abstract
Lelong adalah salah satu proses jual beli yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat untuk memenuhi kehidupan mereka dengan cara menawarkan barang atau (perkhidmatan) untuk dibida, mengambil bida kemudian menjual barang kepada pembida tertinggi. Kebiasaannya lelong dilakasanakan secara terbuka sama ada secara lisan ataupun bertulis. Namun ada juga sesetengah masyarakat yang melakukannya secara bisik di mana pembeli atau pembida akan membisikkan secara bergantian harga barang yang ditawarkan kepada penjual dan dikuti oleh pembida-pembida yang lain sepertimana yang berlaku pada mekanisma pasar bisik di Kuala Muda Malaysia. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kepatuhan jual beli lelong yang dilakukan secara bisik terhadap kehendak syarak dari segi terpenuhinya rukun dan syarat jual beli. Hasil kajian mendapati bahawa jual beli lelong secara bisik tak ubahnya seperti praktek jual beli lelong secara tradisional yang dilakukan sama ada secara terang terangan ataupun secara bertulis bahkan lelong di atas talian; iaitu boleh apabila rukun dan syaratnya terpenuhi dan bebas dari elemen utama yang dilarang; riba, gharar, najsy, curbun dan maysir. Selain itu, syarak sangat mengambil berat dan mempertimbangkan aspek kebiasaan atau amalan yang baik yang menjadi tradisi di kalangan masyarakat untuk dijadikan suatu hukum sebagaimana disebutkan dalam kaedah fiqh (al-cadat muhakkamah) dan (al-macruf curfan ka al-masyrut syartan).
File(s)
Loading...
Name
The Malaysian Journal of Islamic Sciences (Ulum Islamiyyah)_Vol.24 August 2018_6)Analisa Syariah Terhadap Konsep dan Jualan Lelong.pdf
Size
398.07 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c3e1fd5a536a7703897ee84a705edbeb