Publication:
Penerapan Elemen Perpaduan Nasional Dalam Program NGO Di Sabah: Satu Tinjauan Awal

dc.contributor.authorAbd Hakim Mohaden_US
dc.contributor.authorRos Aiza Mohd Mokhtaren_US
dc.contributor.authorAiedah Abdul Khaleken_US
dc.contributor.authorJill Sarjit G.en_US
dc.contributor.authorAhmad Tarmizi Taliben_US
dc.date.accessioned2024-05-27T14:43:04Z
dc.date.available2024-05-27T14:43:04Z
dc.date.issued2019
dc.date.submitted43879
dc.description.abstractNGO merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan, servis ataupun memantapkan sesuatu polisi awam. Masyarakat di Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program di tempat mereka. NGO-NGO ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. Mereka giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan mereka atau masyarakat lain yang bukan ahli. Kemudahan perhubungan menerusi internet dan media sosial seperti aplikasi whatsapp, facebook, telegram telah merancakkan lagi aktiviti yang dijalankan. Kajian terdahulu mendapati NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Namun persoalannya, apakah program-program anjuran NGO-NGO di Sabah ini turut menerapkan aspek perpaduan nasional yang menjadi asas kepada kerukunan dan kedamaian hidup dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kajian ini meneroka penglibatan NGO dalam menerapkan perpaduan nasional khususnya di Sabah melalui program yang dijalankan oleh NGO tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 30 responden menunjukkan bahawa NGO di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan.en_US
dc.identifier.epage63
dc.identifier.issn1985-7055
dc.identifier.issue2019
dc.identifier.spage51
dc.identifier.urihttps://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/2019%20-%20Jurnal%20PERPADUAN.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3662
dc.identifier.volume1
dc.language.isootheren_US
dc.publisherInstitut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasionalen_US
dc.relation.ispartofJurnal Perpaduanen_US
dc.subjectNgo, Kesepaduan, Perpaduan.en_US
dc.titlePenerapan Elemen Perpaduan Nasional Dalam Program NGO Di Sabah: Satu Tinjauan Awalen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Penerapan Elemen Perpaduan Nasional Dalam Program NGO Di Sabah-Satu Tinjauan Awal.pdf
Size:
446.98 KB
Format:
Adobe Portable Document Format