Options
Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Pensyarah: Persepsi Pelajar Utem
Date Issued
2011
Author(s)
Syed Najmuddin Syed Hassan
Muhd Noor Akmal Rajikon
Rosli Saadan
Mohamad Bokhari
Noor Baiduri Abdul Halim
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Universiti merupakan apex kepada pembelajaran bagi pelajar bermula daripada tadika, sekolah rendah,sekolah menengah, kolej dan puncaknya adalah universiti pilihan masing-masing.Keilmuan atau kesarjanaan di universiti (iaitu institusi pengajian tinggi awam dan swasta) dipandang tinggi oleh masyarakat dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, komuniti dan negara. Kelebihan yang ada di universiti dari aspek kepakaran, teknologi dan sumber kewangan boleh melonjak kuantiti sumber tenaga mahir dalam memacu kemajuan negara. Kajian yang dibuat melihat kepada sejauh mana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan berkesan dan mencapai objektif. Kajian dibuat secara tinjauan terhadap 600 orang pelajar-pelajar di UTeM. Responden menjawab 2 set inventori iaitu Soal Selidik Maklumat Diri dan Soal Selidik Keberkesanan 'Pengajaran dan Pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa P&P berjalan dengan baik, walaupun terdapat ramai juga yang berpandangan sebaliknya.
File(s)
No Thumbnail Available
Name
Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Pensyarah
Size
25.09 MB
Format
Unknown
Checksum
(MD5):72b8fdef724c20c0432cee03443ed07f